Usaha Murni Jururawat, Kumpul Sejadah Untuk Pekerja Asing
- Chap Chai
- Apr 28, 2020
- 2 min read
Updated: Apr 15, 2024

Patut dicontohi.
Pada musim wabak ini, pakar kesihatan adalah diantara mereka yang disanjung kerana sumbangan mereka pada negara. Seorang jururawat yang bekerja di SGH telah mengambil langkah yang boleh dikatakan luar jangkauan dengan mengumpul derma dari segi makanan, sejadah, baju-baju dan tuala buat pekerja-pekerja asing yang sedang dirawati di hospital.
Suriana Sunwasi ternampak pesakitnya, seorang warga asing, sedang bersolat tanpa sejadah di dalam wad pengasingan dan itu telah mendorong beliau untuk menyeru kaum keluarga serta rakan-rakannya untuk mengumpul derma buat mereka.

Gambar hiasan sumber: google, tickets.thenewsstar.com
Usaha beliau telah menarik perhatian Setiausaha Kanan Parlimen Amrin Amin yang telah memuji niat baik Suriana untuk menyenangkan hidup pesakit-pesakit yang sedang dirawati.

Sumber: Amrin Amin Facebook Page
Kaum keluarga dan kawan-kawan Suriana telah mengeluarkan duit sendiri untuk membeli barang-barang keperluan buat mereka pada tarikh 18 April.

Sumber: Amrin Amin Facebook Page
Suriana juga telah berkongsi bahawa pekerja-pekerja asing itu memerlukan salinan baju yang baru untuk mengurangkan jangkitan wabak itu dari menular. Lebih dari 50 kaum keluarga rakan sekerja dan kawan-kawan beliau telah berjaya mengumpul dan menyumbang salinan baju, tuala, sejadah dan peralatan mandian buat pesakit-pesakit itu.

Sumber: Amrin Amin Facebook Page
Suriana berserta rakan kerja beliau telah sendiri mengagihkan “care packs” kepada pekerja-pekerja asing itu selepas habis syif sebelum pekerja-pekerja tersebut dialihkan ke “CIF” ataupun penempatan khas untuk mereka menjalankan tempoh kuarantin.

Sumber: Amrin Amin Facebook Page
Setiausaha Parlimen Kanan Amrin Amin telah memuji sifat kebaikan Suriani dan berkata bahawa ia patut dicontohi oleh masyarakat pada waktu begini. Ia menunjukan kebesaran hati dan kecenderungan terhadap pekerja warga asing yang telah berbakti pada negara kami.
Luahan hati wartawan: Heartwarming. Pekerja pelapis depan memang telah berkorban demi kebaikan warga negara Singapura. Melihat mereka membuat sesuatu yang beyond the call of duty, it is definitely inspiring.
Pada musim wabak ini, sifat seperti ini patut dicontohi. Ini adalah masa untuk kami menghargai tenaga dan sumbangan pekerja-pekerja warga asing ini yang telah menolong membangunkan infrastruktur negara kami.
Join komuniti Telegram kami di https://t.me/PlanBsg
Related Posts
See AllBekas Menteri Pengangkutan Singapura, S Iswaran, dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan pada 3 Oktober 2024 kerana menerima hadiah...
Seorang remaja lelaki Singapura berusia 17 tahun yang telah radikal sendiri ditahan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) beberapa...
Lembaga Warisan Negara (NHB) mengumumkan pada 24 Oktober bahawa ia akan memulakan kajian terhadap 38 Oxley Road untuk menilai kepentingan...