Undangan Untuk Lebih Ramai Wanita Masuk Parti Politik, Dengan Syarat Bodoh, “Tak Boleh Berbual”
Parti Liberal Demokratik Jepun ingin mengundang lebih ramai wanita untuk menyertai parti mereka dengan satu syarat.
Wanita tidak boleh bercakap dalam mesyuarat. Warganet sama sekali tidak bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan.
Antara warganet yang berpendapat cadangan Parti Liberal Demokratik sangat memalukan.
Parti Liberal Demokratik (LDP) telah menjadi pemerintah negara Jepun sejak 1955. Namun, parti itu mempunyai masalah dari segi kepelbagaian jantina kerana hampir kesemua pucuk pimpinannya adalah lelaki.
Menurut laporan Reuters, LDP ingin mengubah imej parti dengan mengadakan kepelbagaian. Salah satu caranya adalah dengan mengundang lebih ramai wanita untuk menghadiri mesyuarat penting.
Walaupun sedemikian, anggota wanita dikehendaki untuk mendiamkan diri dan senyap sepanjang durasi mesyuarat dilaksanakan.
Penyerapan lima anggota parlimen wanita bakal bertugas sebagai pemerhati dalam LDP. The pemerhati wanita juga tidak dibenarkan bersuara tetapi boleh mengemukakan pendapat ke pejabat sekretariat.
Disamping itu, bekas Perdana Menteri Jepun, Yoshiro Mori, yang merupakan anggota LDP juga menimbulkan kemarahan orang ramai setelah dia mengatakan bahawa ‘wanita terlalu banyak bercakap dalam mesyuarat dan ini menyebabkan mereka membuang masa’.
Yoshiro menerima tekanan yang meluas untuk mengundurkan diri sebagai ketua Olimpik Tokyo minggu lalu kerana komen yang seksis.
Jepun mempunyai imej yang buruk dalam menjamin kepelbagaian jantina terutama sekali dalam arena politik dan ekonomi. Sejauh ini, 2 daripada 285 anggota dewan LDP adalah wanita dan hanya 3 daripada 25 dewan umum juga wanita.
Luahan Wartawan: EWAHHHH.
I don’t understand the audacity to be honest. How can you extend an invite only to still be sexist and shady about it.
“Male chauvinism and discrimination against women is always part of the LDP,” wrote one Twitter user, miku_mizusaki.
This is extracted from Reuters and it is the general sentiment on the ground. You just need to run a search on various social media platforms and you will find it.
”Japan is ranked 121st out of 153 countries on the World Economic Forum’s 2020 Global Gender Gap Index – the worst ranking gap among advanced countries – scoring poorly on women’s economic participation and political empowerment”
Sebagai negara yang maju dan mempunyai teknologi canggih, Jepun sepatutnya menguasakan lebih wanita dalam semua aspek.
Ni tak. Masih nak retain the chauvinistic pig mentality.
Podcast Plan B minggu ini!
Comments