top of page
Writer's pictureChap Chai

Tunggu Suami Selama 5 Minit, Dapat Surat Amaran


Dapat Surat Amaran
seorang wanita memaklumkan di Facebook bahawa dia telah menerima surat amaran

Pagi tadi, seorang wanita memaklumkan di Facebook bahawa dia telah menerima surat amaran daripada Angensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) setelah didapati ‘berlengah’ di tempat awam.


Menurut pos wanita berkenaan, dia sedang  ‘menunggu suaminya dalam kira-kira lima minit’ sebelum dihampiri seorang pegawai NEA.


Dia turut menggesa orang ramai agar jangan ambil ringan undang-undang.

zack Jun

Pos asal mendapat lebih daripada 690 kongsian sejak ia dimuatnaik tujuh jam yang lalu.

Undang-undang baru yang diluluskan Parlimen pada 7 April melarang sebarang penghimpunan sosial tidak kira saiz bagi mengekang penularan COVID-19.


Para pegawai daripada agensi seperti Pasukan Polis Singapura dan Penguasa Pengangkutan Darat juga dikerah untuk memberi amaran kepada mereka yang tidak mematuhi undang-undang.

Jika didapati bersalah pesalah kali pertama boleh didenda sehingga S$10,000, dipenjara hingga enam bulan, atau kedua-duanya sekali.

Sumber: Straits Times


Jika didapati bersalah pesalah kali pertama boleh didenda sehingga S$10,000, dipenjara hingga enam bulan, atau kedua-duanya sekali.


Bagi pesalah kali kedua atau berulang, hukumannya adalah denda sehingga S$20,000, dipenjara hingga 12 bulan atau kedua-duanya sekali.


Luahan wartawan: That’s legitness. Tunggu lima minit pun pemerintah tak kasi muka. Jadi kawan-kawan semua, janganlah keluar rumah kalau tiada urusan penting. Duduk rumah diam-diam sampai 4 Mei. Kalau keluar kena saman, kena jail. Silap-silap infected sekali. Kan susah.


Melainkan kena tolong jaga budak atau orang tua, kena kerja sebagainya, barulah boleh keluar. Ikut panduan di bawah kalau tak sure:

New Covid-19 Temporary Measures Bill

Sumber: Mustshare News


Let’s give our fullest cooperation. Kalau semua patuh arahan, dalam masa sebulan, jumlah kes akan turun dan kita pun dah boleh teruskan kehidupan macam biasa.


Stay safe everyone.

留言


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page