Tular Di Twitter, Ciuman Terakhir Isteri kepada Suami
- Chap Chai
- May 4, 2020
- 1 min read
Updated: Apr 15, 2024

“Ummul janji (akan) jaga Umi baik-baik.”
Begitulah ungkapan Dayang Ummi Khairi (@ummikhairi_) kepada arwah bapanya, yang menghembuskan nafas terakhir pada 1 Mei (Jumaat).
CIUMAN TERAKHIR

Sumber: @ummikhairi_
Sebagai kenangan, Ummi memetik gambar ibunya berpelukan dengan jasad arwah bapanya yang terlantar di katil hospital.
Gambar tersebut, yang dikongsi di Twitter dengan kapsyen ‘last kisses’, menjana 4,540 retweets dan 14,500 likes sejak dimuat naik dua hari lepas.
RAMADHAN DAN SYAWAL YANG JANGGAL

Portrait Hari Raya Ummi sekeluarga. Sumber: @ummikhairi_
Dengan ketiadaan bapanya, pasti bulan puasa dan Hari Raya tahun ini sunyi sekali buat anak tunggal ini.
Ditambah pula dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), yang tidak membenarkan rakyat Malaysia untuk bertemu saudara-mara sehinggalah keadaan bertambah baik, Ummi cuma dapat menumpang kasih bersama ibunya.
last kisses ?♥️ Al-fatihah. pic.twitter.com/BNU3qNF64l — ummikhairi (@ummikhairi_) May 1, 2020
REAKSI WARGANET
Sebak melihat nasib Ummi, warganet membanjiri pos tersebut dengan kata-kata semangat.





Newsdesk mendoakan agar arwah ditempatkan di kalangan orang beriman dan agar Ummi dan ibunya diberi ketabahan untuk meneruskan kehidupan.
Join komuniti Telegram kami di https://t.me/PlanBsg
Related Posts
See AllBekas Menteri Pengangkutan Singapura, S Iswaran, dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan pada 3 Oktober 2024 kerana menerima hadiah...
Seorang remaja lelaki Singapura berusia 17 tahun yang telah radikal sendiri ditahan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) beberapa...
Lembaga Warisan Negara (NHB) mengumumkan pada 24 Oktober bahawa ia akan memulakan kajian terhadap 38 Oxley Road untuk menilai kepentingan...