Tular, Adik-Beradik Mencairkan Hati Dengan Alunan Al-Quran Menerusi Aplikasi Instagram
Bakat Farhatul Fairuzah dalam mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran tidak asing lagi, selaku johan majlis tilawah dan menghafaz al-Quran peringkat antarabangsa ke 61.
Namun begitu, kebolehan itu tidak terhad kepadanya sahaja. Di dalam video yang dimuat naikkan beliau di Instagram, terserlah bakat tersebut juga telah dikurniakan kepada adik-beradik Farhatul.
Sungguh merdu dan menyentuh hati apabila mendengar 5 beradik tersebut membacakan ayat suci al-Quran secara bertaranum dengan penuh penghayatan.
Warganet amat kagum dan terpesona dengan bakat 5 beradik tersebut. Rata-rata mereka bersetuju bahawa 5 beradik patut dicontohi dan tabiat itu boleh di tarbiyahkan dalam keluarga masing-masing.
Luahan Wartawan: MashaAllah, sungguh merdu alunan suara mereka.
Sejuk perut ibu yang mengandungkan mereka. Bayangkan, kelima-lima beradik dikurniakan bakat membaca Al-Quran dengan penuh syahdu mengikut pelbagai taranum.
But kakak keempat caught my eye. Dah manis, cantik, tambah lagi dengan suara merdu begitu, aduhh, sejuk hati aku.
Semoga mereka sentiasa di berkatiNya.
Comments