Tulang Kepala Pelajar Singapura Retak Setelah Disepak Di Institusi Tahfiz
Muka gembira Imann pada 1 Januari, hari pertamanya di maahad.
Pelajar Singapura, Mohamad Imann Jusri, dari Maahad Tahfiz Wattarbiyah di Selangor kini berada di Hospital Kandang Kerbau Wanita dan Kanak-Kanak (KKH) dek kecederaan parah setelah ditampar oleh salah seorang ustaz di maahad berkenaan.
Menurut ibunya, Noridayu Zainuddin, 40 tahun, anak keduanya yang berusia 14 tahun ditampar pada bahagian kiri muka menggunakan capal ekoran pertengkaran yang berlaku antara Imann dan seorang lagi pelajar.
PERGADUHAN DI MAAHAD
Sumber: Waktusolat.net
Rahim (bukan nama sebenar) dikatakan membangkitkan kemarahan Imaan sebelum solat jemaah dijalankan dengan berkata:
“Solat kat saf depan lah. Mak kau kan dah nak mati.”
Demi mempertahankan ibunya, Imann menjawab:
“Kau asal cakap macam gitu?”
Newsdesk difahamkan hal tersebut kemudiannya dilaporakan kepada pengetua maahad oleh Rahim dan diambil alih oleh seorang lagi ustaz yang bekerja di situ.
Sumber: Carousell
Sebagai pengajaran, kedua-kedua Imann dan Rahim disepak dengan capal — di mana Rahim disepak pada pipi kiri dan kanan, manakala Imann disepak pada pipi kiri sahaja pada 17 Februari.
Sungguhpun begitu, Rahim dikatakan tidak mengalami sebarang kecederaan.
KEJUTAN HARI JADI MENGEJUTKAN IDAYU
Sumber: Memegenerator
Pada 27 Februari, Idayu, bersama ibu, adik dan seorang lagi anaknya, membuat lawatan kejutan ke maahad berkenaan sempena hari jadi ke-14 Imann, yang jatuh pada 28 Februari.
Namun, niat untuk menjadikan ia hari gembira bertukar menjadi sebak tatkala Idayu melihat wajah anaknya.
“Bila dia nampak I, dia macam nak sembunyi gitu. I pun start rasa pelik lah kenapa anak I gitu…Bila dah dekat, I tengok muka dia macam distorted.
“Tapi anak I tak complain apa-apa. Dia cuma kata ‘I want to go home…I feel unwell. Can you bring me to a clinic in Singapore?’ I sensed ada benda yang tak kena and my son was afraid to tell me what happened,” kata Idayu, seorang ibu tunggal.
Muka Imaan pada 28 Februari, selepas mendapat kebenaran untuk pulang.
Muka gembira Imann pada 1 Januari, hari pertamanya di maahad.
Setelah mendengar aduan anaknya, Idayu dengan segera meminta izin ketua maahad untuk membawa anaknya pulang.
Akan tetapi, Idayu mendapati pihak maahad keberatan untuk melepaskan anaknya.
“Masa dalam ofis, I cakap anak I demam and I nak bawa dia pergi klink kat Singapore tapi ketua tu kata ‘Eh dia sakit ke? Kami tak tahu pun. Takpelah kalau gitu esok kami bawa dia ke klink”, kongsi Idayu yang terus berkeras dengan keputusannya sehinggalah pihak maahad membenarkan Imann, yang baru menuntut selama dua bulan, untuk pulang.
KEKALUTAN DI SINGAPURA
Pada 28 Februari, Idayu menggegaskan anaknya, yang ketika itu demam tinggi dan menjerit kesakitan, ke Jabatan Kemalangan dan Kecemasan (A&E) KKH.
Di situ, Idayu dimaklumkan tulang di antara hidung dan bawah mata Imann retak dan harus dimasukkan ke dalam wad (29 Februari).
“Skull dia fracture…Skull is very hard tau tapi boleh fracture 1cm. I boleh bayangkan how hard he got slapped.
“Because of that, dia kena pergi operation. Tapi lepas operation, ada complications pula…Ada 1.5ml of blood clot and muka dia inflammed with nanah,” ujar Idayu yang turut menambah pembekuan darah berlaku akibat alahan sinutis.
Kini, mata kanan juga bengkak akibat jangkitan kuman yang dipercayai datang daripada capal yang digunakan untuk memukul Imann.
Setakat ini, Imann telah menjalani pembedahan untuk mengeluarkan nanah di mukanya dan diberikan empat jenis antibiotik melalui titisan intravena (IV drip). Dia juga telah membuat beberapa prosedur imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) kerana doktor mendapati nanah sudah pun mengalir ke dagu dan tekaknya.
Mujur, daya penglihatan Imann pada kedua-dua mata tidak terjejas.
Sejauh ini, kos rawatan mencecah hampir $30 ribu.
Surat pengizinan bagi pembedahan.
REAKSI TENAGA PEKERJA MAAHAD
Idayu mendedahkan bahawa hukuman fizikal sedemikian rupa adalah ‘normal’ di maahad tersebut dan para pelajar haruslah ‘redha’ dengan apa jua hukuman yang diberikan. Berikut merupakan perbualan ibu Noridayu bersama ketua maahad, Ustaz Abdul Hakim.
Idayu menegaskan bahawa dia tidak pernah menerima aduan daripada para asatizah tentang kelakuan Imann. Malah, dia menyifatkan anaknya sebagai seseorang yang tidak degil dan baran sejak menuntut di institusi tahfiz tersebut.
Selain itu, Ustaz Abdul Hakim turut melawat Imann di KKH untuk meminta maaf dan berharap agar Idayu sekeluarga sabar dan redha dengan apa yang berlaku.
Meski begitu, Idayu tetap kesal atas insiden tersebut.
“I betul-betul tak sangka that this will happen. In September masa I hantar Imann untuk trial, I rasa tempat tu tenang sangat dan selamat. I percaya pekerja kat situ akan jaga anak I dengan baik…That’s why I kasi dia continue belajar dekat sana. Tapi ini pula yang terjadi,” cerita Idayu sambil menahan sebak.
Buat masa ini, pihak maahad tidak menyampaikan hasrat untuk membantu Imann.
Idayu telah melaporkan kes ini kepada polis Singapura dan bercadang untuk membuat sebuah lagi laporan kepada kedutaan Malaysia
Luahan wartawan: Ini nak didik murid ke nak dera? Sampai muka retak, ada infection bagai. Bukankah hukuman ini keterlaluan? Inikah cara mendidik dalam Islam? Tak berperikemanusiaan langsung. Tak ada cara lain ke nak ajar? Rasanya cara yang lebih efektif adalah untuk menjelaskan apa yang baik dan buruk kepada anak muda.
Contohnya:
“Rahim, awak tak boleh cakap macam gitu. Itu biadab namanya. Awak suka kalau saya cakap mak awak dah nak mati? Tak suka kan? Jadi kenapa awak cakap gitu?”
“Imann pula, ustazah faham awak marah. Ustazah pun akan marah. Tapi mungkin intonasi yang awak gunakan tu kurang menyenangkan dan sebab itulah Rahim marah dekat awak. Ustazah sarakan lain kali awak cakap ‘I don’t like what you just said’ lepas tu awak jalan. Budak mulut longkang macam gini awak takmo layan, ok?”
Takkan benda gini pun aku kena role play. Jalan tangan tak jalan lah geng…Kena rationalise dengan budak-budak dan jelaskan logik. Kalau nak pukul pun, agak-agaklah. Itu kan anak orang.
Ini bukan kali pertama kita dengan pasal kes dera dekat maahad. Betul tak? Seharusnya ada protokol agar kes-kes begini tak akan berlaku. Kena ada heirarchy of punishments lah macam ‘Kalau gaduh dengan kawan, cuci toilet seminggu. Tak buat homework, kena mengaji extra 2 jam’ ke apa-apalah aku bukan EXCO maahad tapi at least aku ada EQ.
Dan kalau hukuman yang para asatizah kenakan pada pelajar terlalu berat, asatizah tu pun patut dihukum. Sack dia. Orang yang tak ada self-control tak layak jadi pendidik.
Akhir sekali, kami dari OKLETSGO mendoakan agar Imann pulih secepat mungkin. Kepada ustaz berkenaan pula, awak suka kalau saya sepak muka ustaz dengan capal? 🙂 Mohon insaf.
Ada cerita menarik? Kongsikan bersama kami menerusi Facebook, Instagram atau Telegram OKLETSGO!