top of page
Writer's pictureChap Chai

Tujuh Didakwa Kerana Berhimpun Di Robertson Quay Semasa CB


Tujuh Didakwa Kerana Berhimpun Di Robertson Quay

Sumber: Hanidah Amin (Mediacorp)


Enam lelaki dan seorang wanita didakwa di mahkamah semalam (2 Jun) setelah dikaitkan dengan perhimpunan di Robertson Quay semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19.


Mereka yang didakwa ialah: Neil Gordon Buchan,30 tahun; Perry Scott Blair, 37 tahun; Bao Nguyen Brown, 40 tahun; Jeffrey George Brown,52 tahun; Michael Czerny, a45 tahun; James Titus Beatt, 33 tahun dan Joseph William Poynter, 35 tahun.


Hal ini ekoran kejadian 16 Mei lepas, di mana gambar orang ramai berkumpul di sepanjang Robertson Quay tular di media sosial.

Robertson Quay

Sumber: Lectress Pat (Facebook)


Kebanyakan daripada mereka didapati tidak memakai pelitup muka, manakala ada yang menurunkan pelitup untuk berbual antara satu sama lain.


Jarak selamat satu meter juga tidak diterapkan.

arak selamat satu meter juga tidak diterapkan.

Sumber: Lectress Pat (Facebook)


Kes ini ditangguhkan hingga 16 Jun dan setiap seorang ditawarkan ikat jamin $3,000.


Tiada isyarat jika mereka yang tertuduh akan mengaku bersalah atau meminta dibicarakan.


Untuk setiap tuduhan melanggar peraturan COVID-19, tertuduh boleh dipenjara hingga enam bulan, didenda hingga $10,000 atau kedua-duanya sekali. — CNA


Luahan wartawan: Kimais. Case mahkamah aside. Sekarang yang buat aku seram is the power of social media. Orang amek gambar kau, kasi viral, kau kena tangkap sia. Benda macam ni buat aku cuak bila keluar. Takut bukak mask sekejap pun boleh kena report.


Tapi kalau kau dah gather ramai-ramai memang memintak lah.


Join komuniti Plan B di Instagram | Facebook | Twitter | Telegram

Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page