top of page
Writer's pictureLintah Darah

Truck Comel KFC Ini Dapat Menyediakan Makanan Dimana-Mana, Tanpa Pekerja Dan Pemandu


Truck Comel KFC

KFC di Shanghai, Cina, menarik perhatian dunia dengan memperkenalkan truck 5G jenis layan diri.

Terletak di sebuah kawasan berhampiran dengan stesen Metro Shanghai, truck tersebut mempunyai skrin papan sentuh untuk membuat pesanan makanan. Pembayaran kemudian dibuat menggunakan QR code dan pintu akan terbuka untuk mengambil makanan yang sudah dipesan.

menggunakan QR code dan pintu akan terbuka untuk mengambil makanan yang sudah dipesan

Kenderaan tanpa pemandu 5G tersebut adalah model keluaran Neolix. Menurut Forbes, Neolix merupakan pembekal kenderaan penghantaran mini untuk pelbagai kegunaan seperti penjualan makanan dan juga rondaan.


Penggunaan Neolix juga semakin meluas demi permintaan yang tinggi susulan penularan wabak Covid-19. Hospital Siriraj di Thailand adalah diantara yang menggunakan model Neolix untuk menghantar bekalan ubat.

Hospital Siriraj di Thailand adalah diantara yang menggunakan model Neolix untuk menghantar bekalan ubat

Mungkin ini masa depan buat rangkaian restoran makanan segera di rantauan ini?


Luahan Wartawan: Canggih. Aku suka kalau truck macam ini deployed dekat bawah block ke, capark ke. Boleh save duit delivery.

Canggih. Aku suka kalau truck macam ini deployed dekat bawah block ke, capark ke. Boleh save duit delivery

Jokes aside, ni benda memang useful. Kalau craving malam-malam buta kerana pbg, boleh whack ayam goreng.

Jokes aside, ni benda memang useful. Kalau craving malam-malam buta kerana pbg, boleh whack ayam goreng

Asalkan ni tak annoying macam tu mini robot yang jadi safe distancing ambassador dekat reservoir dan taman riadah.


Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify


Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page