Topeng Muka Realistik Persis Muka Orang Disambut Hangat
Seorang penjual Jepun, Shuhei Okawara melancarkan topeng muka “hyper-realistic” yang dibuat menggunakan pencetak 3D.
Topeng akan dijual pada awal tahun depan untuk ¥98,000 (SGD 1260) di kedai Tokyonya, Kamenya Omote, yang menjual produk popular sebagai aksesori untuk parti dan teater.
Reaksi warganet berbelah bagi.
Ramai yang mengatakan ia boleh membawa padah.
Kirakan Money Heist tapi versi Jepun?
Okawara membayar model ¥ 40,000(SGD 514.40) untuk hak menggunakan wajah mereka. Beliau memilih daripada lebih 100 pemohon yang menghantar gambar mereka sejak projek tersebut dilancarkan pada bulan Oktober. Gambar itu kemudian dihantar kepada pereka khas yang mencetakkan topeng tersebut menggunakan pencetak 3D.
Setakat pertanyaan awal mengenai topeng muka, Okawara berpendapat produknya itu akan disambut hangat. Beliau juga akan menambah topeng muka baru, termasuk beberapa dari orang di luar Jepun.
Luahan Hati Wartawan: It’s creepy af.
Betul jugak kata warganet. Senang je nak rompak bank ke buat kerja jahat. Tak pasal-pasal, model yang dipilih tu jadi sasaran.
Abeh simpan kat rumah, kau tengok topeng tu mcm muka orang yang dipotong ala serial killer Ed Gein. Seram aku.
Podcast Plan B minggu ini!