TMJ: Beribu Muslim Mati Keliling Dunia, All Lives Matter
Lantaran kematian George Floyd — lelaki kulit hitam yang meninggal dunia dalam tahanan polis Amerika Syarikat (AS) setelah seorang pegawai polis melutut di lehernya — orang ramai dari segala pelusuk dunia terdorong untuk menyuarakan sokongan mereka terhadap bantahan Black Lives Matter (BLM).
Tidak terkecuali ialah Tengku Mahkota Johor (TMJ) Ismail Ibrahim, yang menyeru pengikutnya untuk turut memberikan semangat yang sama kepada saudara Islam kita di Palestin — yang juga berhadapan dengan kekejaman sejak beratus tahun lalu.
Seperti sedia maklum, warga Palestin sering diserang tentera Israel manakala Black Americans pula selalu menjadi sasaran polis AS — menjadikan kedua-dua golongan ini senasib.
Sumber: Instagram TMJ, @hrhcrownprinceofjohor
Malangnya, kata TMJ di Instagram Story petang tadi (3 Jun), isu-isu di Palestin kurang mendapat liputan media.
Lantas, membuat orang alpa tentang kejadian-kejadian di negara tersebut.
Sumber: Instagram TMJ, @hrhcrownprinceofjohor
Justeru, beliau menambah orang ramai tidak seharusnya mengikut ‘tren’ dan ‘berpihak’
kepada satu kaum sahaja tetapi sebaliknya, berdoa untuk keselamatan setiap manusia.
“Semua ikut trend. Black Tuesday. Western hypocrisy. Sebelum ni beribu Muslim mati keliling dunia dari dulu sampai ke hari ini, takda pulak orang so call kaki ikut trend ni semua buat campaign pray for Muslims. Jangan senang sangat terikut propaganda.
“Pray for your brothers, sisters and all human beings. In the end, “ALL LIVES MATTER and NO TO RACISM,” catat TMJ.
Sumber: Instagram TMJ, @hrhcrownprinceofjohor
Sumber: Instagram TMJ , @hrhcrownprinceofjohor
Semoga keganasan berhenti suatu hari nanti. Tiada manfaatnya membunuh satu sama lain.
Sumber: Instagram TMJ, @hrhcrownprinceofjohor
Luahan wartawan: I share the same sentiments as TMJ. Part ni, satu dunia bersuara, kononnya nak tegakkan keadilan. Cuba bila kaum lain. Orang Rohingya, Palestin, Uighur misalnya. Ada tak movement sebesar ni? Isu-isu ni pun dah lama and pada aku, it is as important as BLM. But we don’t see people aggressively defending them, don’t we?
Kenapa? Sebab kaum-kaum ni tak ‘sepopular’? Just because no one talks about them, doesn’t mean things are alright on their end.
And I feel like at least half of the people talking about BLM are just trying to look cool and relevant. If kau betul-betul against racism, then stand up for the other races that are mistreated. I have never seen people on my Instagram and Twitter being so defensive. Setahu aku, dorang pun racist jugak. Always subtly provoking another races/cultures. Tapi bila viral jer pasal this case, satu-satu menggelupur repost pasal BLM. Kau betul tak betul jack?
Jangan lepas issue ni, semua start dengan perangai siak masing-masing.