Tingkap Kereta Wanita Hamil Pecah Dek Amukan Seorang Lelaki
Mutakhir ini, sebuah video telah tular di media sosial mengenai satu perlagaan antara dua pemandu. Salah seorang daripada mereka merupakan seorang pemandu wanita yang dikatakan sedang hamil. Beliau sedang memandu di belakang sebuah kereta putih tatkala kereta itu berhenti dengan tiba-tiba.
Seorang lelaki muncul keluar daripada kereta putih itu lalu menghampiri kereta wanita tersebut. Lelaki itu mengetuk-ngetuk tingkap kereta sebagai isyarat untuk wanita itu menurunkan tingkapnya. Dengan tidak semena-mena, lelaki itu menghentak tingkap kereta wanita tersebut mengakibatkan cermin tingkap itu pecah berderai. Mereka berdua yang berasal dari Kelantan, Malaysia terkancah dalam satu pertelingkahan.
Wanita yang merupakan mangsa keadaan dituduh telah mengemikkan cermin tepi kereta lelaki tersebut.
Aku benci lelaki jenis guna keganasan sampai resort to pecahkan cermin kereta. Chill la babi mereka insan yang lemah. pic.twitter.com/Ag3BhR4rlo — Cringe Malaysian (@cringemalaysian) July 29, 2022
Sepanjang video yang dimuat naik oleh akaun twitter @cringemalaysian, lelaki dan wanita tersebut berkelahi dalam loghat Kelantan yang agak pekat.
Berikut adalah terjemahan bagi interaksi mereka berdua.(penterjemahan ihsan seorang warga twitter, @zulykha)
Wanita: Kenapa ?
Lelaki: Kenapa kereta awak tak ke tepi ?
Wanita: Saya ke tepi sebab ingatkan encik nak ke kanan
Lelaki: Awak tak boleh buat macam itu, lain kali mesti break
Wanita: Saya minta maaf banyak-banyak
Lelaki: Tak perlu ambil gambarlah, nanti aku cari kau. Kak mesti berhenti sebab saya nak bincang.
Wanita: Manalah saya tahu
Lelaki: Kereta saya rapat di tepi tu
Wanita: Lepas itu, kenapa awak pecahkan cermin saya ?
Lelaki: Kan saya suruh buka tadi. Kalau awak buat laporan siap la awak
Wanita: Tak mengapalah, kita ke balai
Lelaki: Sebab kak tak bertimbang rasa dengan saya
Wanita: Saya ingat awak nak ke kanan sebab awak tak menentu nak kiri kanan kiri kanan
Lelaki: Nanti bahayakan diri saya
Wanita: Kereta kancil itu lalu kat situ boleh je?
Lelaki: Dah kemik tepi cermin saya tu
Wanita: Mana ? saya tak buat
Lelaki: Akak tak bagi laluan kat saya masa akak masuk tadi. Baik akak buka cermin kereta kita bincang
Wanita: tak boleh macam ini, saya mengandung. Harus ke tempat ramai orang atau datang rumah saya.
Lelaki: Sebab akak aniaya saya
Wanita: Jom la pergi rumah saya
Lelaki: Saya tak mahu pergi ke balai, kiranya saya langgar akak dari depan
Wanita: Kenapa nak langgar saya ?
Lelaki: Sekarang saya tak kisah, sebab kereta ini saya pinjam
Wanita: Tak mengapalah, saya bayar ganti rugi. Berapa ?
Lelaki: Kalau akak buat laporan yang ni saya bayar kereta akak, akak bayar kereta saya.
Lelaki: Saya nak akak buka cermin kereta je
Wanita: Tak mengapa, kita selesaikan di balai
Lelaki: Saya tak boleh pergi balai.
Perbualan ini ibarat perbualan ayam itik kerana ia tidak membuahkan apa-apa natijah atau persefahaman. Namun, jelas berlakunya salah faham antara mereka. Malangnya, ia diselangi tindak kekerasan daripada lelaki itu.
Lelaki tersebut mendakwa cermin tepi keretanya kemik kerana dihimpit kereta wanita itu. Si wanita itu lantas menolak tuduhan tersebut.
Wanita tersebut dengan nada takut dan rela hatinya menawarkan untuk membayar ganti rugi kereta lelaki itu. Dia mencadangkan untuk menyelesaikan hal ini di balai polis. Cadangan itu dibantah oleh lelaki yang kelihatan berang itu.
Menurut sebuah rencana daripada akhbar Majoriti, mangsa menerangkan bahawa sebenarnya kereta beliau yang dihimpit kereta Toyota Vios lelaki itu. Laporan polis sudah pun dibuat.
Lelaki yang melulu mengugut mangsa tersebut sedang diburu oleh pihak Polis Daerah Kota Bharu. Beliau telah menghilangkan diri ketika pihak polis membuat serbuan ke rumahnya.
Jika ditangkap dan didapati bersalah, suspek boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dengan denda atas kesalahan ugutan jenayah.
Para netizen di ruangan komen twitter turut mencerca lelaki yang panas baran itu.
Ramai yang tidak berpuas hati dengan kelakuan lelaki itu terhadap wanita yang sedang hamil.
Ada sebilangan daripada warga twitter yang berspekulasi tentang hal ini. Mereka berpendapat ada sesuatu yang tidak kena dengan lelaki tersebut.
Barangkali ini satu strategi penipuan ataupun scam untuk mendapatkan wang sangka netizen @arissazul24
Dalam pada ramai yang melahirkan kebencian, ada juga yang mengambil kesempatan untuk hasut maya ataupun troll negeri Kelantan.
Keburukan akhlak tidak sepatutnya disifatkan kepada sesebuah negeri ataupun kaum. Ia merupakan masalah individu dan tidak tertakluk pada mana-mana daerah.
Pandangan Wartawan: Abe, benda boleh kecek molek-molek bakpo nak pecahkan cermin kereta. Demo tak kesian dengan wanita hamil itu ke? Jangan keruhkan lagi keadaan.
Malu lah perangai sebegini terhadap wanita. Wanita hamil pulak tu. Setentunya ini tidak sihat untuk ibu dan bayi dalam kandungan. Mereka sepatutnya dilindungi bukan diugut macam ini.
Kita harus berwaspada dengan pembuli-pembuli jalan raya. Keganasan dan sifat amarah bukanlah jalan penyelesaian bagi sebarang masalah. Hormat-menghormati itu tidak kira jantina ataupun jenis kenderaan. Jangan sesuka hati gertak orang.
Listen to Plan B’s Podcast this week!
Comments