“Tinggi, Hensem Dan Tampan”, Wanita Meletakkan Kriteria Lelaki Idaman Dibidas Netizen
Sewaktu memilih cinta, ramai yang berkata:
“It’s not about the looks. It’s about the heart and personality.”
Namun, jika ditemukan dengan pasangan yang lemah lembut budi pekerti, dikata pula:
“You’re too good for me.”
Dan kesudahannya, individu yang sedap dipandang menjadi pilihan kalbu kerana well, lumrah manusia memang lebih cenderung terhadap orang dan benda yang tidak buruk.
INDIVIDU ‘WORLD’: Seseorang yang merasakan penampilan tidak penting tetapi break-up dengan kekasih lama untuk mengejar cinta individu yang lebih sek.
Justeru, tidak janggallah sekiranya seseorang itu mengeluarkan kriteria — dari sudut fizikal dan sifat — dalam proses pemilihan pasangan hidup.
Contohnya buat wanita 21 tahun dari Malaysia ini, dia mahukan “boyfriend full time/part time” yang:
Sekurang-kurangnya 172 sentimeter;
Setia;
Tidak mengongkong;
Kaya;
Ada rupa sedikit dan;
Menepati janji
Memerlukan boyfriend full time/part time. Requirements: -tinggi 172+ -setia -tak control -masyuk -ade rupa sikit -janji ditepati Sekian. Penat sendu sorang2 ??? pic.twitter.com/FRux1GC7t8 — ???? ? (@erynamira) August 29, 2020
Akan tetapi, komen wanita tersebut, yang dikenali sebagai Eryn, mencetuskan perang di Twitter setelah Tweet-nya dibidas seorang lelaki annonymous.
Ujar jejaka itu, sementara kaum Hawa ‘dibolehkan’ untuk mencatatkan ciri-ciri lelaki idaman mereka, kaum Adam pula akan dikecam sekiranya meletakkan requirement seperti “tak nak perempuan gemuk” semasa mencari temanita.
REAKSI WARGANET
Berpegang pada bro code, para jejaka di Twitter mem-backing pentadbir akaun annonymous itu dengan mengutuk sikap double standards kaum wanita.
banyak sial feminazi triggered bila cakap pasal ni, tp bila reverse the gender then it's ok. Then cakap kerja lelaki ni oppressed perempuan like damn bodohnya mereka ni. https://t.co/S78wH7HrYK — abu (@abulemans) August 31, 2020
Girl: whats your height? Boy: whats your weight? Girl: https://t.co/apN1NQE9mH pic.twitter.com/wDHRUJDm3H — SOSA (@__whyphy) August 30, 2020
Enggan menyerah kalah, kaum wanita menghentam kembali para lelaki dengan logik mereka bahawa “tidak sukar bagi lelaki untuk mencapai ketinggian sedemikian rupa” dan lelaki tinggi lebih mempersona.
Sebab perempuan tu tinggi, dia letak la dia nak lelaki 170cm and above? Dah kalau perempuan tinggi 160cm lelaki 157cm nak jadi apa? https://t.co/1V0ZzFrdWp — mawar?? (@idlia_) August 30, 2020
Apa pandangan korang? Adakah seorang lelaki dianggap misogynist sekiranya dia lebih suka wanita kurus? Dan adakah angan-angan para wanita untuk bersatu dengan lelaki tinggi terlalu tinggi?
Luahan wartawan: Aiyo macam ni pun issue ke…Suka hati lah ni kan semua taste masing-masing. Tak kisah lah dapat laki pendek ke apa asalkan dia tak buruk sangat dan bukan jantan tak guna. Dan takpelah kalau dapat bini berisi ke tak hot mana…Kalau dia tak lepas tangan kira bersyukur jer lah.
Tak payalah nak set banyak sangat expectations. Kalau tak tercapai nanti, diri kau yang makan hati. Jangan nak demand sangat. Check dulu diri tu cukup sifat ke tidak.