top of page
Writer's pictureBelalang Biru

Tidak Dibenarkan Masuk Library Sebab Bra Line Nampak


Bra Line Nampak

Gara-gara bentuk baju dalam (bra line) dapat dilihat, seorang gadis tidak dibenarkan untuk memasuki perpustakaan.


Pada 12 Ogos, pengguna Twitter Unis (@SyarifahAmin) mengongsi gambarnya dengan kapsyen:


“Saya tidak dibenarkan masuk Perpustakaan Kuala Lumpur pagi ini kerana pakaian saya “menjolok mata” sebab “nampak bra.”

Jelas Unis yang berbaju dan berseluar panjang hari itu, dia memberitahu pengawal keselamatan dan penyambut tetamu perpustakaan tersebut bahawa tujuannya ke sana adalah untuk belajar.


Namun demikian, permintaannya tidak diterima pihak perpustakaan.


Bengang dengan alasan mereka, dalam Tweet berasingan Unis berkata:


“Mak cik, kalau saya tak pakai bra, nanti nampak punat pula.”


REAKSI WARGANET


Ada di kalangan waragnet yang berpendapat Unis memang tidak sepatutnya dibenarkan masuk kerana pakaiannya “jarang” justeru, tidak menepati peraturan perpustakaan.

So pakaian dia dlm kategori “jarang” sbb mmg jelas nmpk bayangan bra color hitam ? xyah susah susah zoom pon dh nampak. So makcik tu x salah, dia melakukan tugas dgn betul. Pakai bj putih, pakai bra hitam..mmg la nampak banyangannya hehehe ? — AtikahZulkifly ?? (@atikahzulkifly) August 14, 2020

Untuk menutup mulut mereka, Unis melampirkan dua lagi keping gambar untuk membuktikan blausnya senonoh.


“Ini gambar-gambar baju saya daripada sudut berbeza kerana ada yang masih berkata baju saya tidak senonoh. Kalau mengezum dekat, anda boleh nampak jerawat di dada saya. Tolong pecahkan.”

Selain itu, ada juga yang berkata Unis “haruslah faham” bahawa Malaysia bukanlah negara barat yang boleh menerima cara pemakaian sedemikian rupa.

Seorang warganet pula berkata, Unis “tidak boleh menyalahkan perverts sekiranya gambar dadanya diambil.

Meski begitu, ramai yang mempertahankan Unis dan mengujarkan bahawa mereka tidak nampak apa-apa masalah dengan pakaiannya.


I’m glad you fought back unis. I don’t see how this is “inappropriate” dressing honestly I would’ve done the same thing too. It’s a library and you’re just there to study for God’s sake.. — Sarah Amanda (@_yayamanda) August 12, 2020

Setakat hari ini (16 Ogos), Tweet Unis telah meraih 1.7 ribu retweets dan mendapat perhatian media Malaysia dan Singapura.


HARAPAN UNIS


Susulan pengalamannya, pengasas bersama Malaysian Youth Advocates for Gender Equality (MYAGE) ini berharap agar perpustakaan tersebut dapat menyemak kembali polisi-polisi mereka yang kebanyakannya ditujukan kepada golongan wanita.


Dia juga menekankan bahawa dia tidak mahu pengawal keselamatan dan penyambut tetamu perpustakaan terbabit untuk kehilangan pekerjaan mereka kerana dia pasti, mereka sekadar melaksanakan tanggungjawab mereka.


Luahan wartawan: Huh? Apa yang menjolok mata eh…Baju tu longgar seh tak boleh nampak saiz buah dada pun. Nak cakap jarang, low cut pun tak. Bukan ke bra lines tu normal? Kadang-kadang pakai baju labuh, longgar, oversized pun boleh nampak bra lines. It cannot be helped.


If this is the case, what type of bra considered acceptable then? Tube bras? Yang boleh melorot anytime? Please include dalam peraturan perpustakaan. Malaysians need to know what type of coli to buy ?✊?


Kalau ada orang sakit tengok bra line dia, tu orang tu punya pasal ah he/she needs to seek professional help. Susah lah dunia ni. Pakai coli salah, tak pakai coli pun salah. Aku suggest pakai nipple sticker jer lah senang.


Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page