Tidak Cukup Setakat Minat, Kini ‘Agama’ BTS Pula Ditubuhkan
Terlampau taksub dengan kumpulan K-Pop BTS, para peminat tegar dikatakan telah mewujudkan ‘agama BTS’.
PENYEBARAN IDEOLOGI DI TELEGRAM
Sumber: Telegram
Menggunakan kaedah Telegram, penyokong BTS yang dikenali sebagai ARMY, membuka saluran ‘Agama BTS Group’.
Saluran tersebut dipercayai direka oleh peminat dari Indonesia dan dek pengaruh kuatnya, warga Malaysia juga telah menyertai saluran berkenaan.
Saluran berbeza, ideologi yang sama.
RUKUN AGAMA BTS
Untuk memeluk agama BTS, para peserta harus lafazkan syahadah tiga kali, hafal lagu BTS dan ‘kitah suci BTS adalah dari dance itu sendiri (sic)’.
Ahli saluran juga tidak dibenarkan untuk menghina satu sama lain dan mengongsi lingkaran saluran tersebut kepada anti-haters BTS.
SALURAN DISEKAT
Sejak berita tentang ideologi ini tular, saluran-saluran yang ada kena mengena dengan agama BTS telah meminta maaf.
Mesej dari saluran Agama BTS.
Mesej dari saluran Maaf Janji Tak Buat Lagi yang sebelum ini, juga dinamakan Agama BTS
Jumlah pengikut kedua-dua saluran juga merosot dari kira-kira 4,000 kepada beberapa ratus sahaja.
Difahamkan, saluran-saluran tersebut dibuka atas dasar hiburan.
Namun, kurang jelas sama ada ia buka oleh penyokong K-Pop atau trollers.
Luahan Wartawan: Maaf, wartawan amat keliru. Firstly sebab wartawan bukan peminat K-pop. Jadi wartawan agak lost bila tengah cari cover photo dan gifs.
Kedua, apakah erti ‘kitah suci BTS adalah dari dance itu sendiri’? Ke dia nak kata ‘kitab suci BTS adalah dari dance itu sendiri’? Adakah ‘dance itu sendiri’ tajuk lagu?
Ketiga, tak cukup ke dengan satu agama? Tak confuse ke kalau baca surah dalam bahasa Korea? Bahasa Indonesia dia pun salah salah nak step Korea bagai. Korang boleh rasa tak ke-confuse-an aku?
Tapi alhamdulillah, sekadar main-main jer group ni. Kalau ye pun boring time quarantine ni, buatlah TikTok ke apa…Kau buat agama sendiri kenapa setan??!!
Kommentare