top of page
Writer's pictureBelalang Biru

Tiada Perbezaan Status Sosial Dalam Undang-Undang – K Shanmugam


Tiada Perbezaan Status Sosial Dalam Undang-Undang

‘David vs Goliath’. Itulah antara liputan berita tempatan yang ‘trending’ sejak bebrapa minggu yang lepas. Pastinya apa yang dimaksudkan adalah kes antara Parti Liani dan bekas majikannya, mantan pengerusi Changi Airport Group, Liew Mun Leong.

Parti Liani dan bekas majikannya, mantan pengerusi Changi Airport Group, Liew Mun Leong

Sumber: Today Newspaper


Parti telah berkerja untuk bekas majikannya itu dari 2007 hingga ke 2016. Dia telah dijatuhkan hukuman penjara selama 26 bulan setelah mencuri barangan berjumlah S$34,000 secara keseluruhan. Namun begitu, pada bulan September Mahkamah Tinggi membatalkan keputusan dan membebaskan beliau daripada segala tuduhan.

that is false

Putera kepada Liew Mun Leong pula telah disiasat kerana telah didakwa atas kesalahan memberikan informasi palsu tentang kes tersebut dan juga beberapa jenayah yang lain. Namun begitu, belum ada keputusan muktamad daripada mahkamah. Antara dakwaan informasi palsu yang diberikan oleh Karl Liew adalah:


  1. Karl Liew mendakwa bahawa kesemua 120 helai pakaian dicuri oleh Parti Liani. Namun, bila ditanya mahkamah, Karl Liew mengaku bahawa dia tidak ingat jika pakaian wanita itu adalah miliknya atau pernah dipakainya.

  2. Beliau juga mengatakan bahawa dia kadang-kala memakai pakaian wanita, sesuatu yang mahkamah tidak percayai kerana ia adalah satu tabiat yang ibu, kakak dan juga isteri Karl Liew, yang semua tinggal bersamanya tidak pernah lihat.

  3. Karl Liew mengatakan bahawa bapanya memberinya sebuah jam berjenama Helix yang berharga S$50, namum bapanya mengatakan dia tidak pernah memiliki jam tersebut.

  4. Beliau juga mengatakan bahawa keluarganya memberikan dompet jenama Gucci yang berharga S$250. Namun tidak ada satu orang pun dari keluarganya yang boleh ingat tentang pemberian itu

  5. Beliau mengatakan bahawa beliau membeli cadar daripada sebuah kedai bernama Habitat di United Kingdom walaupun cadar tersebut mempunyai label kedai perabot Ikea

Kes berprofil tinggi ini telah mencetuskan banyak perbincangan awam dan menimbulkan pertanyaan tentang bagaimana perbicaraan kes tersebut dilakukan dan juga jika ada ketidakkonsistenan dalam proses pengumpulan bukti. Pelbagai soalan mengenai keadilan kes tersebut juga diketengahkan kerana jurang antara status sosial Parti Liana dan bekas majikannya.

all chatter I've been there

Dalam sesi Parlimen pada 4hb November 2020, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Encik K Shanmugam menyatakan bahawa kedaulatan undang-undang di Singapura ini baik, sempurna dan yang paling penting, tidak membezakan antara status sosial.

“Seorang pekerja warga asing telah didakwa, namun mahkamah tinggi membebaskannya. Si pengadu adalah seorang yang kaya dan berkuasa tetapi semuanya sama di hadapan undang-undang. Tidak kira siapa pihaknya,” kata Encik Shanmugam.


“Kes ini menunjukkan bahawa sistem peradilan jenayah di Singapura berfungsi dengan seadilnya.”

justice will be served

Encik Shanmugam juga mengatakan keputusan mahkamah akan disebutkan di Parlimen sejurus selepas perbicaraan ini selesai.


Luahan wartawan: In almost every David vs Goliath cases, it is only human nature to root for the underdog, especially if it’s a case of the rich vs the poor. More often then not, we lose sight of the matter at hand, especially if we do not contextualize things.

Shut up, I'm rich

One does not have to look far for examples of the rich, charged for crimes against the law;

  1. TT Durai’s corruption case at the National Kidney Foundation (NKF)

  2. Former Minister The Cheang Wan’s corruption case during Lee Kuan Yew’s time

  3. Former Ministry of Foreign Affairs Protocol Chief Lim Cheng Hoe’s pineapple tarts fraud case

  4. Ong Jenn’s, grandson of Metro’s founder Ong Tjoe Kim drug case

  5. Former SCDF Commissioner Peter Lim Sin Pang’s sex-for-contracts case

  6. Howard Shaw’s, grandson of Shaw Cinema founder Runme Shaw drink driving case

Perspectives.

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page