Tiada Orang Menjaga Anak, Bapa Tunggal Bawanya Sekali Semasa Bertugas
- Chap Chai
- May 29, 2020
- 1 min read
Updated: Apr 8, 2024

Demi kebahagiaan anaknya, bapa tunggal 24 tahun ini menggalas dua pekerjaan — sebagai pekerja pembinaan dari 8:30 pagi hingga 5:30 petang dan penghantar makanan dari 6 petang hingga kira-kira 10 malam atau 12 tengah malam.
Bahkan, Lin, yang berasal dari Taiwan, membawa anaknya, seorang kanak-kanak lelaki tiga tahun, ke kerja bersamanya.

Sumber: TVBS News
Oleh kerana tiada siapa yang boleh menjaga anaknya di rumah, Lin tiada pilihan lain selain membawa anak kecil itu bersamanya untuk membuat penghantaran makanan, lapor media Taiwan.
Semasa menghantar pesanan pula, Lin berkongsi anaknya suka duduk di bahagian belakang motosikal sambil mengendong beg makanan.
Namun, dia sering terlelap.

Sumber: OhPama.com

Sumber: OhPama.com
Disebabkan itu, Lin berkata dia kadangkala meletak anaknya di bahagian depan motosikal agar dapat menjaga keselamatan anak kecil itu.

Sumber: TVBS News

Sumber: Healthy Time
Dan seperti kanak-kanak lain, anak Lin juga meragam.
Mujur, cara memujuk anaknya semasa bekerja amat ringkas — dengan memberi sebatang lolipop.

Kolom lolipop sambil menolong Lin menghantar air. Sumber: TVBS News
Meskipun payah baginya untuk membiayai kos kehidupan dia dan anaknya — yang menjangkau NT$30,000 (SGD$1427.02) — Lin meluahkan bahawa setiap titik peluh berbaloi pada akhirnya.
“Walaupun saya penat setelah seharian bekerja, melihat senyuman anak saya boleh menghilangkan segala keletihan.
“Selagi anak saya dapat membesar dengan sihat dan bahagia, usaha saya tidak sia-sia.”
Luahan wartawan: Ala kiutnya. Bawak anak pergi kerja bagus actually. Sebab orang will empathise and give more tips.
Tapi tak safe lah..Buatnya budak tu tergolek ke apa..But what to do? Terpaksa hustle demi hasil ee apa jer tak suka aku tu phrase.
Related Posts
See AllBekas Menteri Pengangkutan Singapura, S Iswaran, dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan pada 3 Oktober 2024 kerana menerima hadiah...
Seorang remaja lelaki Singapura berusia 17 tahun yang telah radikal sendiri ditahan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) beberapa...
Lembaga Warisan Negara (NHB) mengumumkan pada 24 Oktober bahawa ia akan memulakan kajian terhadap 38 Oxley Road untuk menilai kepentingan...