top of page

Terpaksa Tutup Butik, Wak Doyok Buat Sale Serendah RM1

Updated: Apr 4, 2024


Wak Doyok Buat Sale Serendah RM1

Sumber: New Straits Times & Instagram, Starvilion


Personaliti fesyen bermisai lentik Wak Doyok mengumumkan pada 22 Jun bahawa butik bajunya, Starvilion, terpaksa ditutup disebabkan ‘keadaan menduga’.


Tambahnya di Instagram (@wakdoyok), perintahnya untuk menutup butik tiga tahun itu adalah demi kesejahteraan 70 pekerjanya.

wakdoyok

Sumber: Instagram, @wakdoyok


LELONG TERAKHIR

shut down sale

Sumber: Starvilion


Namun, sebelum menamatkan perjalanannya dalam bidang perusahaan baju, Wak Doyok mengadakan jualan lelong terakhir di cawangan Starvilion serta dalam talian menerusi laman www.starvilion.com dari 24 Jun hingga 5 Julai.


Serendah RM1, para pelanggan boleh membeli pelbagai jenis pakaian — baju kurung, blaus, kemeja, tudung dan macam-macam lagi.

Serendah RM1,

Sumber: Starvilion


DISKAUN ISTIMEWA BUAT KAKITANGAN BARISAN HADAPAN


Di samping harga rendah, kakitangan barisan hadapan pula boleh menikmati potongan harga lanjut serta Baju Melayu secara percuma.

Baju Melayu Wak Doyok

Baju Melayu Wak Doyok (Sumber: Instagram, @wakdoyok)


‘GIVEAWAY’


Wak Doyok juga bakal mengagihkan 5,000 pasang ‘Baju Melayu Wak Doyok’ dan 1,000 helai tudung bagi setiap pembelian — tidak kira dari butik atau secara dalam talian.


‘SHIPPING’ ANTARABANGSA


Kepada rakyat Singapura, tak perlu bersedih.


Berdasarkan kajian wartawan, rakyat Singapura juga boleh menikmati jualan lelong ini.

rakyat Singapura juga boleh menikmati jualan lelong ini.

Cuma kena bayar shipping fees dan tunggu beberapa hari sebelum barangan tiba.


Untuk maklumat lanjut, klik di sini sebelum membuat tempahan.


Beli jangan tak beli. Divide by 3!

Treat yo self


Join komuniti Plan B di Instagram | Facebook | Twitter | Telegram

Related Posts

See All

RECOMMENDED NEWS

RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

PlanB

Get the most Hot topic that affects our community here. Read our thoughts on the latest happenings and send in your thoughts as well!

EMAIL US

CONNECT WITH US

Subscribe to get exclusive updates!

Thanks for subscribing!

  • Facebook
  • Instagram
  • Telegram
  • TikTok

Copyright © 2024 - PLANB MEDIA

bottom of page