Terlepas Order, Sarah Aqilah Menawarkan $1, Beli Aiskrim Untuk Tenangkan Keadaan
Demi memuaskan selera ibunya, Hardy Hzn telah menempah custard puff daripada penyanyi tanah air, Sarah Aqilah, yang kini mengelolakan bisnes pencuci mulut.
Sumber: Instagram, Sarah Aqilah
Fluffy Puffs oleh Sarah Aqilah.
BUAT TEMPAHAN
Pada 11 Mei, Hardy menghubungi talian bisnes Sarah melalui WhatsApp untuk bertanya tentang khidmat penghantarannya.
Berdasarkan perbualan tersebut, Sarah memberitahu Hardy bahawa pesanannya cuma boleh dihantar 11 hari kemudian (22 Mei).
Sumber: Facebook, Hardy Hzn
Bersetuju dengan tarikh tersebut, Hardy menempah beberapa jenis custard puff.
Namun, Sarah memberitahu Hardy untuk tunggu sebentar:
“Hi will get back to you shortly.”
Sumber: Facebook, Hardy Hzn
MATIKAN DIRI BUAT BEBERAPA HARI
Menurut kamus, shortly bererti ‘tidak lama’ — berdasarkan norma, paling-paling pun, 24 jam.
Akan tetapi, Sarah cuma memberi pengemaskinian tiga hari kemudian (13 Mei).
Sumber: Facebook, Hardy Hzn
Sumber: Facebook, Hardy Hzn
Malah, mesej susulan juga tidak komprehensif — sekadar price list diberi.
Sumber: Facebook, Hardy Hzn
Bahkan kos keseluruhan cuma diberi setelah Hardy bertanya:
“Total how much for this order.”
Pada mulanya, Sarah mengecaj Hardy $63.
Mujur, Hardy telah membuat kiraan sendiri dan mendapati bahawa Sarah telah mengenakan bayaran $10 ekstra.
Sumber: Facebook, Hardy Hzn
KIRIMAN TAK SAMPAI-SAMPAI
Setelah membuat bayaran pada 14 Mei (Khamis), Hardy dimaklumkan custard puff-nya akan dihantar pada 17 Mei (Ahad).
Sumber: Facebook, Hardy Hzn
Sumber: Facebook, Hardy Hzn
Setibanya hari Ahad, Sarah memberitahu Hardy bahawa pesanannya sebaliknya akan dihantar pada 19 Mei (Selasa) kerana ‘sesuatu terjadi kepada puff-nya’.
Sumber: Facebook, Hardy Hzn
Sumber: Facebook, Hardy Hzn
Menjelang hari Selasa, custard puff masih tidak dikirimkan.
Sumber: Facebook, Hardy Hzn
Sumber: Facebook, Hardy Hzn
Gusar, Hardy meminta bayaran balik.
TERLUPA PESANAN HARDY
Tengah malam semalam (20 Mei), Sarah memaklumkan bahawa dia akan memulangkan bayaran Hardy kerana pihaknya ‘terlupa’ tentang pesanannya.
Sumber: Facebook, Hardy Hzn
Untuk ‘menyejukkan’ hati Hardy, Sarah memberinya tokokan $1 agar Hardy dapat membeli ais krim untuk dirinya.
Sumber: Facebook, Hardy Hzn
“Anggaplah ini sebagai hadiah daripada kami setelah terlupa tentang pesanan anda.
“Terima kasih dan selamat malam,” kata Sarah kepada Hardy.
Sumber: Facebook, Hardy Hzn
HARDY TULARKAN SARAH
Terhina, Hardy menularkan sikap tidak profesional Sarah dan krewnya di Facebook.
“Macam ni kau service recovery? Lain kali, jangan over-promise.
“Aku bersabar jer tau selama ni. Maaf cakap lah eh, sekarang Apek Ice Cream jual ais krim $1.20.
“Kau simpan tu duit untuk fund business kau supaya kau tak terlepas order lagi.
“Untuk maklumat semua, aku transfer balik $1 tak guna tu kat dia,” luah Hardy.
Sejak pos tersebut dimuat naik 20 jam lalu, ia telah menjana 2.5 ribu kongsian, 329 emoji ‘marah’ dan 926 komen, yang rata-rata mengutuk tindakan Sarah.
PENJELASAN SARAH
Wartawan telah menghubungi Sarah menerusi Instagram dan talian bisnesnya pada 3 petang semalam (20 Mei).
Akhirnya pada tengah malam tadi, Sarah membaca mesej wartawan di WhatsApp. Namun begitu, dia berkata bahawa dia cuma boleh memberi kenyataan petang nanti.
Jadi sebenarnya, Sarah belum memberi apa-apa penjelasan. Wartawan masih menantikan huraiannya.
Luahan wartawan: Wow nampaknya retis Melayu wanita Singapura tengah ada competition “Who is the Biggest Bitch”.
First Nadiah M. Din, lepas tu Ateeqah Mazlan. Sekarang Sarah Aqilah. Who’s next? Letakkan tebakan korang dekat comment!
Anyway, I find her replies very sarcastic. From the tone of message to the emojis. Aku panas sia baca. Kau dah buat salah, abeh nak reply with sarcasm. Hello tu $1 kau simpan lah okay. Jangan cakap ice cream. Seaweed pun tak lepas.
The least you could’ve done is to give a sincere apology. Kau reply lambat and terlupa order but you still have the cheek to be rude to your customer.
But then, the one who replied might not be Sarah. It might be her crew. But aku tak boleh confirm anything sebab dia masih belum draft her statement. Oh well.
A conclusion aku boleh buat is Sarah and her team are not prompt at replying. Because it took them 3 days to send a PICTURE of the price list and more than 12 hours to share with me her side of the story.
To all HBB, please buck up. Bulan lepas tak kasi buat home business semua mengamok. Ni dah kasi, service macam taik.