Terlelap Atas Motosikal, Mahasiswa Meninggal Dalam Kemalangan
- Chap Chai
- Jul 5, 2020
- 2 min read
Updated: Apr 4, 2024

Akibat terlelap semasa menunggang motosikal, seorang penuntut universiti maut di jalan raya.
Allahyarham Amin Faiz, pelajar Bacelor Sains (Dietetik) Tahun 4 dari Universiti Putra Malaysia, meninggal dunia pada 29 Jun lalu setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya.
MICROSLEEP SEMASA DI JALAN RAYA

Sebelum kemalangan tersebut berlaku, Allahyarham telah menyatakan menerusi Instagram Story bahawa dia mengantuk dan terpaksa berhenti dua kali kerana terlelap semasa berada atas motor.
“Tolonglah, aku tak nak microsleep. Dah dua kali berhenti sebab tertidur atas motor,” kata arwah Amin dalam posnya, di mana dia kelihatan berehat di tepi jalan sebelum meneruskan perjalanannya.

Malangnya, kepenatan Allahyarham mengaburi tumpuannya di jalan raya.
Allahyarham meninggal dunia pada 3 petang, beberapa jam selepas pos tersebut dimuat naik.
RAKAN MOHON DOA WARGANET
Terkesan atas pemergian arwah, rakannya Fazli Rashid, menyeru kepada warganet di Twitter untuk sedekahkan Al-Fatihah.
REAKSI WARGANET
Susulan Tweet Fazli, ramai yang mendoakan Allahyarham. Di samping itu, ruangan komen juga dipenuhi dengan penjelasan dan risiko microsleep.
Menurut @elis_lah, yang telah memetik penerangan Majalah Sains, ‘microsleep merujuk kepada satu episod tidur singkat yang tidak dapat dikawal dan berlaku dalam tempoh beberapa saat’.
Ianya ‘terjadi tanpa amaran dan kerap berlaku apabila seseorang individu yang dalam keadaan mengantuk cuba untuk lawan rasa tersebut dan kekal berjaga’.

Dan disebabkan microsleep, ramai pengguna jalan raya hampir kehilangan nyawa mereka.
Nasib baik tersedar sebelum apa² jadi..kalau tak macam sy ni lah..tapi alhamdulillah..sy masih selamat..kete je tak dapat diselamatkan pic.twitter.com/tNeBF2XL7i — Arepit_Azmi (@DinJiwa) June 28, 2020
Hmmmmm sama lah kes aku 3/11/2019 tgh bawak moto boleh plk gelap sedar2 dekat depan ada lori ikan berhenti dekat traffic light pastu gelabah nak elak ke kiri tapi kena jgk sipi2,alhamdulillah masi boleh bernafas,peha kanan patah,bahu kanan lebam,jari manis lari sikit. — キムズム尺memberduffmckagan (@fakartunn) June 29, 2020
Untuk mengelakkan diri daripada mengalami microsleep, para pemandu yang berasa letih dinasihatkan untuk tidur seketika sebelum meneruskan perjalanan.
Harap berhati-hati semua!
Related Posts
See AllBekas Menteri Pengangkutan Singapura, S Iswaran, dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan pada 3 Oktober 2024 kerana menerima hadiah...
Seorang remaja lelaki Singapura berusia 17 tahun yang telah radikal sendiri ditahan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) beberapa...
Lembaga Warisan Negara (NHB) mengumumkan pada 24 Oktober bahawa ia akan memulakan kajian terhadap 38 Oxley Road untuk menilai kepentingan...