Terkesan dengan IG Story Fynn Jamal Yang Menyalahkan Mangsa Rogol, Caprice Ajak Berdebat
Sumber: South China Morning Post / Instagram: Fynn Jamal
Dalam kes rogol, siapakah yang bersalah sebenarnya? Perogol atau individu yang dirogol?
Dengan lebih ramai aktivis dan perbadanan yang menyokong dan melindungi hak dan keperibadian kaum wanita, kini, ramai yang berpihak kepada mangsa rogol — yang umumnya merupakan wanita.
Sumber: The Maroon
Akan tetapi, masih ada individu yang berpendapat mangsa rogol patut dipersalahkan. Antara mereka ialah penyanyi Malaysia, Fynn Jamal.
Popular dengan lagu ‘Arjuna Beta’. Sumber: Instagram @fynnjamal
Menerusi Instagram Story, wanita 38 tahun ini memberi pandangan bahawa filter yang digunakan dalam swafoto adalah punca wanita dirogol.
Petikan skrin dari Instagram Story Fynn Jamal. Sumber: Instagram @fynnjamal
REAKSI WARGANET
Berikutan ‘teori’ itu, Fynn dicemuh di Twitter.
IT DOES NOT JUSTIFY RAPING. raping is illegal, and for muslim, terang benderang salah di mata Allah???????? — ??? (@fatinainshfdh) June 26, 2020
Agree!!! . Takda kena mengena dengan selfie langsung lain ah lelaki tu memang nafsu binatang tapi itulah takla sampai macamtu — dhieya sunflower? (@Mekyaa11) June 27, 2020
Turut terkesan dengan kenyataan Fynn ialah penyanyi rap, Caprice.
Penyanyi ‘Baby Sayang’. Sumber: New Straits Times (Malaysia)
CAPRICE AJAK BERDEBAT
Oleh demikian, Caprice telah menjemput wanita 38 tahun itu untuk membincangkan hal tersebut dalam sesi Instagram live yang telah berlangsung malam Sabtu lalu (27 Jun).
Sesi Instagram Live. Sumber: Instagram @capriceofficial
Menerusi live berkenaan, Fynn menekankan bahawa penggunaan TikTok dan filter di muka secara tabarruj (berlebih-lebihan) mengundang perogolan.
Namun demikian, penjelasan Fynn hanya membuat Caprice keliru akan kaitan antara penggunaan filter dan rogol.
“Adakah Fynn sangka semua wanita berhias untuk lelaki? Mak saya bersolek bukan untuk bapa saya tapi dia hendak feel good,” bidas Caprice, 32 tahun.
Perbincangan tersebut berlarutan kepada bahagian kedua apabila Fynn mula memasukkan perihal Al-Quran dan sunnah.
CAPRICE BINGUNG
Sesudah live berkenaan, seorang pengikut bertanya Caprice di ruangan komen tentang perasaannya berdebat dengan Fynn, yang ‘tidak menjawab soalan yang diajukan’.
Sumber: Instagram @capriceofficial
Meskipun akur bahawa apa yang dikatakan oleh Fynn tentang bab keagamaan adalah benar, Caprice tetap berpendapat bahawa rogol adalah jenayah.
“Bagi saya, perogol mempunyai sakit mental dan gila. Saya tak dapat terima bahawa kes rogol dikaitkan dengan filter di Instagram.
“Saya minta maaf kalau ada yang tidak setuju. Saya tak soal Quran atau sunnah. Tidak kira bagaimana kita putar belit, jenayah tetap jenayah.”
Sumber: Instagram, @capriceofficial
Luahan wartawan: Caprice steady ah boleh berbual baik-baik. I would’ve just left the live sia. Aku tak boleh ah berbual dengan orang gini. Maybe iman aku tak kuat lah idk.
Fynn ada kata jugak kalau laki kau nak seks, you MUST give in sebab tu perintah Nabi.
Entahlah aku bukannya Islamic scholar. Activist pun tidak. But sis, I expected more from you. You’re a lady yourself. You mean you’re okay with your husband forcing you to have sex?
And if one day kau ke anak kau kena rape, would you still blame yourself/your child for being raped? You think these rapists only go for sexy, cute girls? Kiwek kambing pun dorang boleh go lah. Kau keluar berbungkus pun dorang tak kisah.
Just stick to raising awareness pasal anak luar nikah and autism jer lah. Kau cakap gini, kau nampak cetek sangat.
Comments