Terkehel Nyanyi Live, Nabila Razali Tetap Disokong Sebab Cute Giler
Nabila Razali dikecam warganet selepas terkucil semasa menyanyi secara langsung di program Mega Raya Ria.
Video yang merakamkan kesilapan beliau semasa bernyanyi dimuat naikkan di Youtube kini tular dan mempunyai lebih 44 ribu views.
Ramai yang diantara warganet yang terhibur dengan kesilapan Bella semasa bernyanyi dan menasihatinya mengambil kelas vokal.
Namun begitu, ramai diantara peminatnya telah memberi Bella sokongan untuk terus mencuba lagi dan itu telah mendorong beliau untuk memuat naikkan penjelasan buat peminat-peminat setianya.
Bella juga berterima kasih kepada rakan- rakan artisnya yang telah memberi beliau kata perangsang seperti Mark Adam, Wani Kayrie dan Hael Husaini.
Hael Husaini mengatakan bahawa beliau tetap bangga dengan Bella.
“Tiada penyanyi yang tak buat silap atas pentas, teruskan kerjaya.” Ujar Mark Adam, seorang pelawak dan pelakon popular di Malaysia.
Luahan Wartawan: Aku cuba dengar live performance dia, bukanlah teruk sangat pun dia nyanyi.
She was lost in trying to be pitch perfect and that caused the slip. Suara dia pecah sikit masa tarik.
Memang kelakarlah bila dengar suara dia jadi mcm Alvin from Alvin and the Chipmunks tapi it is a forgivable mistake.
Maybe in time, she becomes a better singer. Bukan semua yang dikurniakan vokal range macam Dato Siti dan Ziana Zain. Banyak penyanyi yang cannot-make-it masa pertama kali menyanyi macam contoh Ayda Jebat. Practice makes perfect.
Sudah-sudah la tu, live and let live.