Tenang. “Barang-Barang Cukup Untuk Semua” NTUC Fairpriceby Lintah DarahLintah Darahabout a year ag
Tidak sampai beberapa jam sejak “pre-lockdown” diisytiharkan kementerian, gambar-gambar memaparkan rakyat Singapura “panic buying” tular di Whatsapp dan ruang media sosial.
NTUC Fairprice membuat satu posting di Facebook, menasihati agar orang ramai tidak kanchiong dan terus memborong barangan keperluan.
Mereka juga mengesyorkan bahawa stok mencukupi untuk menampung keperluan rakyat Singapura.
Warganet memberikan pendapat mereka terhadap rakyat yang mula menimbun tisu gulung dan makanan segera seperti mi Maggie.
Ada juga yang mengongsikan meme-meme tertentu.
Sheng Siong juga mengeluarkan keterangan yang serupa di Facebook mereka.
Warganet berseloroh di ruang komen, mengatakan Sheng Siong bakal menjana pendapatan tertinggi lagi tahun ini.
Luahan Hati Wartawan:Janganlah gelabah sangat, tak akan habis tisu gulung dan mi maggie tu. The tightened measures are to curb the spread of the new strain.
Nanti tak pasal-pasal ada supermarket cluster pulak.
Borong Maggie berlambak-lambak buat apa? Nak bukak warung indomie ke? Botak jugak kepala tu nanti.
And please, belajar cuci pantat pakai air boleh? Sanitize sana sini abeh tak tau cuci. Hygiene is important guys.
Podcast Plan B minggu ini!
Comments