top of page
Writer's pictureBelalang Biru

Tayang ‘Safety Stoppage Card’ Untuk Hentikan Latihan


Safety Stoppage Card

Untuk memastikan semua latihan dijalankan dengan selamat, Anggota Bersenjata Singapura (SAF) telah mengagihkan Safety Stoppage Card kepada para anggota mereka.

Stop

Sumber: Facebook, Officer Cadet School, Singapore


Menurut video yang dikeluarkan Sekolah Pegawai Kadet (OCS) semalam (30 Mei) di Facebook, pemegang kad berkenaan dibenarkan untuk menghentikan latihan sekiranya dia mendapati latihan tersebut dijalankan secara tidak selamat.


Atau, terdapatnya jurang dalam Safety Management Plan, yang boleh membawa kemudaratan bagi keselamatan anggota.


Dalam video itu, pegawai OCS turut melakonkan beberapa senario di mana kad tersebut boleh digunakan:


REAKSI WARGANET


Lantaran itu, video berkenaan menjana 1.2 ribu kongsian dan lebih 450 komen dalam kurang sehari.


Namun demikian, warganet rata-rata memberikan pandangan negatif terhadap pelaksanaan ini.


Ada yang menganggap kad tersebut sebagai bahan jenaka.

Ada yang menganggap kad tersebut sebagai bahan jenaka.
warganet rata-rata memberikan pandangan negatif terhadap pelaksanaan ini.

Ada yang memperlekehkan generasi baharu SAF.

Ada yang memperlekehkan generasi baharu SAF.
generasi baharu SAF

Di samping itu, ada juga yang menyoal ‘kepentingan’ nyawa kadet di mata golongan orang atasan.

Di samping itu, ada juga yang menyoal ‘kepentingan’
nyawa kadet di mata golongan orang atasan.

Walau bagaimanapun, ada segelintir yang menyokong inisiatif tersebut.

Walau bagaimanapun, ada segelintir yang menyokong
ada segelintir yang menyokong inisiatif tersebut.
semoga semua anggota dari SAF, SPF dan SCDF sentiasa selamat

Apa-apapun, semoga semua anggota dari SAF, SPF dan SCDF sentiasa selamat semasa menjalankan tanggungjawab. Terima kasih atas khidmat anda.


Luahan wartawan: Kira nak berbual bukan setakat kena angkat tangan, kena keluarkan card sekali. Weird ah macam a bit overboard I feel.


I was told that this card ada ‘power’ and that it’s a chargeable offense if you don’t comply to what the other officer has to say. Tapi perlu ke to this extent? Cakap jer lah kenapa kene formal sangat? ?


But well, ternyata masih ada spesis yang tetap carry on with activities walaupun cadet dah tak boleh take it dan keadaan tak mengizinkan, kan? Kalau tak takde makna dorang nak print and laminate ni card satu-satu.


Jadi, demi keselamatan anak watan kita, aku sokong kad ni. Yang tak sokong tu, kau share idea kau dalam komen. Mana tau bagus, SAF amek kau jadi commissioner terus.


Join komuniti Plan B di Instagram | Facebook | Twitter | Telegram

RECOMMENDED NEWS

RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page