top of page
Writer's pictureBelalang Biru

Taufik Batisah Alami Keretakan Tulang Di Siku Selepas Tersalah ‘Landing’ Papan Selaju


Taufik Batisah

Siku kanan penyanyi tempatan, Taufik Batisah, mengalami keretakan setelah dia terjatuh daripada papan selaju ketika cuba membuat trik ‘frontside lipslide’ pada petang semalam (28 Ogos).

Pada awalnya, Taufik, 40 tahun, tidak berfikir panjang tentang kemalangan itu meskipun dia dapat merasakan ketidakselesaan pada tangan kanannya.


“Setelah saya jatuh, saya tidak fikir bahawa saya mengalami apa-apa kecederaan parah. Saya sangkakan siku saya lebam sahaja,” kongsi Taufik, yang sudah lali jatuh ketika bermain papan selaju sejak remaja lagi.

Taufik Batisah saat remaja

Siku kiri Taufik pernah retak akibat jatuh daripada papan selaju ketika berusia 13 tahun. Sumber: Taufik Batisah

Namun, pemenang Singapore Idol pertama ini cuma mula mengesan keparahan kemalangannya setelah merasakan denyutan pada sikunya dan mendapati bahawa tidak boleh meluruskan ataupun membengkokkan tangannya sewaktu menunaikan solat.


Susulan itu, Taufik bergegas ke Hospital Alexandra di mana dia diberitahu tulang sikunya tidak serata.

keputusan x-ray tulang Taufik Batisah

Tulang Taufik. Sumber: Taufik Batisah

“Doktor bertugas tidak dapat memastikan sama ada siku saya retak atau patah.


“Jadi buat masa ini, saya memasang simen sahaja sementara menantikan janji temu saya bersama ortopedik pada minggu depan,” kongsi Taufik, yang kini sedang berehat di rumah.

Taufik Batisah wear white long shirt

Sekalipun kecederaannya berasa annoying, ejen hartanah yang dinobatkan sebagai ‘Champion Rookie Agent 2020’ ini berkata dia tekad untuk terus bertemu dengan pelanggan-pelanggannya seperti biasa.

Taufik Batisah berpose

Taufik turut diiktirafkan sebagai ‘5th Place Top HDB Transactor’ dan ‘69th Place Top Producer’ daripada lebih 9000 ejen pada tahun lalu. Sumber: Taufik Batisah

Malah, Taufik juga telah meluahkan hasrat untuk kembali bermain papan selaju sebaik sahaja sembuh daripada kecederaannya.


“Inilah keindahan bermain papan selaju. Ia telah mengentalkan jiwa saya dan mendidik saya untuk sentiasa bangkit daripada kejatuhan.

“Kecederaan saya ini tidak akan melunturkan semangat saya. Barangkali saya akan tetap mencuba membuat trik yang sama,” seloroh Taufik.


Taufik berharap semoga dia dapat pulih sepenuhnya sebelum membuat persembahan di kaca televisyen pada Oktober nanti dan memohon agar orang ramai dapat mendoakannya.


Luahan Wartawan: Aku impressed. Dia 40 tahun masih active main skateboard muahaha! Style gila. Get well soon, Taufik! You might wanna consider getting elbow guards


Listen to Plan B’s Podcast this week!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page