Tarik Lagu Tinggi Sangat, Saluran Darah Wanita Pecah
Sumber: South China Morning Post
Sesi kara-OK-e hampir menjadi kara-KO-e buat seorang wanita China apabila saluran darah di otaknya pecah semasa ‘tarik’ suara bagi sebuah lagu bernada tinggi.
CUBA NYANYI LAGU TINGGI
5 Jun lepas, Zhang dan keluarganya mengadakan keramaian di sebuah bar karaoke di Dalian, China.
Gambar hiasan. Sumber: South China Morning Post
Lapor Peninsula Morning Post, wanita 55 tahun itu menyanyikan dua lagu berturut-turut sebelum cuba menyanyikan lagu ‘Qinghai-Tibet Plateau’, sebuah lagu klasik popular.
MULA MUAL DAN SAKIT KEPALA
Dan tatkala Zhang cuba untuk ‘tarik’ suaranya, dia secara tiba-tiba pening kepala dan mual sebelum mula muntah-muntah.
Zhang dikatakan dikejarkan ke Dalian Central Hospital dengan segara oleh keluarganya.
DIRAWAT DI HOSPITAL
Berdasarkan imbasan tomografi berkomputer (CT Scan), pakar perubatan menemui saluran darah pecah di otaknya berukuran 2.5 milimeter.
Saluran darah yang pecah. Sumber: Daily Mail
Menurut pakar, pecahan itu terjadi kerana aneurisme — pembengkakan pada dinding saluran darah — yang sebenarnya, sudah lama ada pada otak Zhang disebabkan penyakit darah tinggi dan kencing manis.
Namun, akibat ‘kegigihannya’ semasa sesi karaoke pada malam berkenaan, pakar berkata pembengkakan tersebut semakin membesar sampaikan ia pecah.
Zhang telah menjalani rawatan dan kini sedang beransur pulih di hospital.
Get well soon, Zhang. Sumber: Daily Mail
Luahan wartawan: Rasa berdosa sangat sebab aku ketawa non-stop masa tulis. Kronik sangat…Agak-agak lah nyanyi…Kalau tak sampai pun takpe. Kan for fun jer bukannya competition :’)
Comments