Tampines Rovers Bakal Bertarung Nyawa Dalam Kumpulan ‘Mintak Nyawa’ AFC Champions League
Liga Juara-Juara AFC ataupun AFC Champions League bakal kembali beraksi pada bulan April tahun ini. Undian untuk peringkat kumpulan baru sahaja dilakukan dan pasukan bolasepak Singapura, Tampines Rovers FC akan bertarung nyawa dalam kumpulan ‘Group of Death’.
Sumber: Facebook, Tampines Rovers Football Club
Tampines Rovers akan bertarung dalam kumpulan ‘Group of Death’ bersama juara Liga Australia, Sydney FC dan juga kelab gergasi dari Jepun, Gamba Osaka.
Pasukan ke-empat dalam kumpulan tersebut adalah pasukan dari Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors FC yang merupakan bekas pemenang Liga Juara-Juara AFC sebanyak dua kali dan juara Liga Korea 2020.
Sumber: Google Images
Sydney FC diketuai oleh Alexander Wilkinson, pemain bolasepak internasional yang telah mewakili Australia di Piala Dunia FIFA 2014. Penyerang Sydney FC, Bobo juga pernah dijemput untuk menyertai pasukan bolasepak internasional Brazil. Namun begitu, beliau tidak dapat membuat satu penampilan pun.
Sumber: Google Images
Gamba Osaka juga mempunyai beberapa pemain yang sudah mewakili pasukan bolasepak internasional Jepun. Kapten pasukan, Genta Muira pernah mewakili Jepun dalam pertandingan AFC Asian Cup 2019 di mana Jepun memenangi tempat kedua.
Sumber: Google Images
Namun begitu, pemain Gamba Osaka yang paling berbahaya adalah ‘playmaker’ mereka, Yosuke Ideguchi. Beliau pernah bermain untuk kelab Leeds United di England, Cultural Leonesa di Sepanyol dan Greuther Furth di Jerman sebelum kembali ke Gamba Osaka.
Sumber: Google Images
Juara Liga Korea. Jeonbuk Hyundai Motors FC merupakan kelab gergasi daripada Korea Selatan yang telah mencipta rekod sebagai kelab paling terunggul di dalam Liga Korea setelah menjuarai liga itu 8 kali. Pasukan Jeonbuk Hyundai Motors FC penuh dengan veteran yang pernah mewakili Korea Selatan dalam pelbagai pertandingan internasional.
Walaupun dimasukkan sekumpulan bersama tiga kelab gergasi Asia, pemain serta jurulatih Tampines Rovers FC tetap berfikiran positif.
Di dalam sebuah posting yang dimuatnaikkan ke lelaman Facebook Tampines Rovers Football Club, jurulatih Tampines Rovers, Gavin Lee mengatakan bahawa pasukannya amat teruja dimasukkan sekumpulan dengan tiga kelab gergasi di Asia.
Mereka akan tetap cuba untuk memenangi perlawanan mereka sambil mempamerkan kebolehan mereka di pentas yang paling besar di Asia.
Sumber: Facebook, Tampines Rovers Football Club
Kapten Tampines Rovers FC, Yasir Hanapi juga mengatakan bahawa walaupun kelab lawan dalam kumpulan itu agak kuat, Tampines Rovers akan tetap menanti cabaran mereka dan akan cuba menumpaskan kelab-kelab tersebut.
Sumber: Facebook, Tampines Rovers Football Club
Menerusi lelaman Twitter di akaunnya @Baihakki06 dan di akaunnya @i.am.baihakki di Instagram, pemain pertahanan veteran pasukan internasional Singapura dan Tampines Rovers FC, Baihakki Khaizan juga meluahkan perasaan terujanya apabila menerima berita bahawa Tampines Rovers dimasukkan kumpulan ‘Group of Death’.
Sumber: Twitter, @Baihakkki06
Sumber: Instagram, @i.am.baihakki
Semoga maju jaya kepada kelab Tampines Rovers FC di Liga Juara-Juara AFC 2021 dan semoga mereka dapat membuat Singapura bangga atas kejayaan mereka!
Luahan Wartawan: Group of Death indeed! Ni da ibarat kalau dalam UEFA Champions League, Tampines satu group dengan Liverpool, Bayern Munich dan Inter Milan. Two domestic champions and one former Champions League winner. Waduh. Tak rasa can go for but stranger things have happened before.
Be it as it may, all the best Tampines Rovers! Everyone at home will be rooting for you!
Podcast Plan B minggu ini!
留言