Tambahan $8 Bilion Untuk Mereka Yang Terjejas Akibat Covid19
Sumber: Channel NewsAsia & Bloomberg
Timbalan Perdana Menteri Encik Heng Swee Keat mengumumkan dalam Kenyataan Menteri pada Isnin (17 Ogos) bahawa Singapura akan mengagihkan tambahan $8 bilion bagi menyokong penduduk setempat yang terjejas akibat COVID-19.
Jelasnya, Pemerintah merancang untuk mengalihkan dana yang sebelum ini diperuntukkan bagi bidang-bidang lain, seperti pembangunan yang tertangguh disebabkan COVID-19.
Pemerintah juga tiada rancangan untuk menggunakan rizab melampaui apa yang sudah diluluskan Presiden Halimah Yacob sebelum ini.
Sumber: Reddit
Berikut merupakan perkara-perkara yang perlu anda tahu tentang langkah-langkah yang diumumkan:
1. JSS DILANJUTKAN HINGGA MAC 2021
Skim Bantuan Pekerjaan (JSS) akan dilanjutkan selama tujuh bulan, hingga Mac 2021.
JSS diperkenalkan dalam Belanjawan pertama Februari lalu bagi melindungi pekerjaan rakyat tempatan atau Penduduk Tetap (PR) dengan membiayai bersama antara 25 hingga 75 peratus daripada $4,600 pertama gaji kasar.
Setakat ini, skim tersebut telah menampung gaji bernilai lebih $16 bilion dan membantu lebih 2 juta pekerja tempatan yang digajikan oleh lebih 150,000 syarikat.
Sumber: Kementerian Kewangan (MOF)
2. INSENTIF PERTUMBUHAN PEKERJAAN
Bagi menyokong sektor berkembang — seperti sains bioperubatan, khidmat kewangan, ICT dan jagaan kesihatan awam — Pemerintah akan melancarkan Insentif Pertumbuhan Pekerjaan (JGI).
Bernilai $1 bilion, program ini dapat meningkatkan jumlah pekerja tempatan dalam sesebuah syarikat buat enam bulan akan datang.
Pemerintah akan menampung bersama sehingga 25 peratus gaji pekerja tempatan baharu selama setahun, bergantung pada had yang ditetapkan. Buat pekerja-pekerja yang berusia 40 tahun ke atas, bayaran bersama kepada syarikat-syarikat adalah sehingga 50 peratus.
Kata Encik Heng, yang juga merupakan Menteri Penyelaras Dasar Ekonomi dan Menteri Kewangan, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) bakal memberikan perincian lanjut tentang JGI lewat bulan ini.
3. CSG DILANJUTKAN HINGGA DISEMBER
Geran Bantuan COVID-19 (CSG) yang diperkenalkan pada bulan Mei, akan dilanjutkan hingga Disember 2020.
Mulai 1 Oktober, pelanjutan ini akan dibuka kepada para penerima CSG sedia ada dan pemohon baru. Bagi melayakkan diri, pemohon tidak bekerja harus menunjukkan bahawa mereka sedang mencari kerja atau usaha menjalani latihan.
Kementerian Pembangnan Sosial dan Keluarga (MSF) akan berkongsi lanjut pada awal bulan depan.
4. SOKONGAN BUAT PEKERJA BERGAJI RENDAH
Lebih ramai daripada golongan pekerja bergaji rendah juga akan mendapat Bayaran Khas Daya kerja di bawah kriteria yang diperluaskan.
Sebahagian daripada Pakej Bantuan Keluarga yang diumumkan dalam Belanjawan 2020, semua pekerja rakyat Singapura dan mereka yang bekerja sendiri yang menerima agihan Tambahan Pendapatan Daya Kerja pada tahun 2019, akan menerima Bayaran Khas Daya Kerja sebanyak S$3,000 pada tahun ini.
Sumber: Kementerian Kewangan (MOF)
Luahan wartawan: Inilah dia East Coast Plan. We have a together ❤️
Comments