Taman Negara Thailand Hantar Balik Sampah Kepada Mereka Yang Membuangnya
Bayangkan menerima polymailer bag berisi tin dan botol air, beg kuaci, plastik keropok yang semuanya tidak lagi berisi berlampirkan nota:
“Kau lupa sampah kau.”
Creepy siak. Namun, itulah yang dilakukan pihak berkuasa di Khao Yai National Park bagi mengingatkan para pengunjung untuk menjaga kebersihan alam sekitar.
Sampah-sarap di Khao Yai National Park. Sumber: Facebook
Menukil laporan BBC, menteri persekitaran Thailand telah mengumumkan bahawa pihaknya akan mempratikkan memulangkan sampah ke rumah kutu sampah sebagai peringatan kepada mereka bahawa membuang sampah sembarangan merupakan kesalahan.
“Sampah kamu — kami akan hantarkan kembali,” ujar beliau.
Tanda mata buat pelawat tidak bertanggungjawab. Sumber: Khaosod
Mengikut undang-undang Thailand, pesalah boleh dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan dikenakan denda yang berat.
Terdahulu, para pelawat harus mendaftar maklumat mereka bagi memudahkan proses penjejakan pesalah sekiranya didapati membuang sampah merata-rata.
Langkah proaktif ini diambil bagi memelihara keselamatan kehidupan liar yang menetap di sana.
Monyet di Khao Yai National Park. Sumber: Wild Watch Thailand
Haiwan-haiwan lain. Sumber: The Wildlife Diaries
Selain haiwan, Khao Yai National Park yang terletak di utara-timur Bangkok juga dikenali dengan air terjun yang menakjubkan.
Roy Castilo, KIV Sumber: SouthEastAsia Backpacker
Khao Yai National Park popular di kalangan pendaki dan ia merupakan taman kebangsaan tertua di Thailand.
Luahan wartawan: Semenjak COVID-19 ni, banyak pulak menteri yang nak track penduduk. Track untuk penyakit satu. Ni sampai sampah pun dorang track. Sungguh unbelievable. Tapi oklah it’s to teach their people a lesson…Tapi tetap creepy ah bagi aku…….Fine on the spot jer boleh pe…..
Comments