Tak Sampai Hati Tinggalkan Kelawar Untuk Mati, Lelaki Ini Merawatnya Sehingga Sihat
Seorang lelaki tempatan menggelarkan dirinya sebagai “Mak Bat” setelah kelawar yang diselamatkan olehnya enggan berganjak dari sisinya.
Sumber: Facebook, Darren Mak
KELAWAR TAK BERDAYA
Kongsi lelaki ini, dia menemui kelawar tersebut 7 Ogos lalu (Sabtu) di Bedok South setelah terdengar decitan di laluan pejalan kaki.
Menyangka kelawar tersebut menghadapi kesulitan untuk bergerak, lelaki ini meletakkan kelawar itu di atas rumput.
20 minit kemudian, ketika melintasi daerah yang sama, lelaki itu mendapati kelawar tersebut masih terpacak di tempat yang sama dalam keadaan tidak berdaya, seolah-olah tidak mampu terbang.
Sumber: Facebook, Darren Mak
MAK BAT SELAMATKAN BAT
Simpati akan nasib kelawar itu, lelaki ini menghubungi ACRES untuk mendapatkan kepakaran mereka.
Berlandaskan nasihat yang diberikan, dia menggunakan ranting untuk mengangkat kelawar tersebut dengan harapan mamalia itu akan terbang pergi.
Sumber: Facebook, Darren Mak
Akan tetapi, kelawar itu sebaliknya merangkak ke arah lelaki ini.
Memandangkan hari kian lewat, lelaki ini memutuskan untuk membawa pulang dahulu kelawar tersebut sementara dia memikirkan jalan keluar.
Sumber: Facebook, Darren Mak
MAK BAT TERTIPU
Namun dalam perjalanan pulang, kelawar itu, yang pada awalnya kelihatan seperti separuh mati, tiba-tiba mula melompat-lompat.
Sumber: Facebook, Darren Mak
Meski demikian, kelawar itu tetap enggan beredar malah, telah memilih untuk menjadikan pekarangan rumah penyelamatnya sebagai tempat tinggal baharunya.
MAK BAT BUKA BAT HOTEL
Bagi memastikan “haiwan peliharaannya” itu selesa, lelaki itu menyediakan bakul agar dapat kelawar itu dapat berehat.
Sumber: Facebook, Darren Mak
Dia turut menyajikan kelawarnya buah-buahan.
Sumber: Facebook, Darren Mak
Dalam pada itu, dia juga mengajar kelawar itu bagaimana untuk terbang.
Sumber: Facebook, Darren Mak
REAKSI WARGANET
Hantaran-hantaran lelaki ini di Facebook telah menarik perhatian media setempat.
Turut terhibur akan kisahnya ialah Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) yang telah mendedikasikan sebuah pos buatnya siang tadi (13 Ogos).
TERPAKSA BERPISAH
Setelah lima hari mengasuh kelawar itu, lelaki ini mendedahkan semalam (12 Ogos) bahawa telah menyerahkan kelawar itu kepada pihak ACRES.
Katanya, meskipun dia telah membela kelawar itu sebaik mungkin, dia pasti pakar-pakar di sana dapat menjaga haiwan itu dengan lebih sempurna.
Sumber: Facebook, Darren Mak
Dalam pada itu, lelaki ini turut meluahkan kerinduannya terhadap kelawar itu. Dia berharap semoga kelawar itu berjaya terbang kelak nanti.
Dengarkan kisah penuhnya di sini:
Luahan Wartawan: Alalala tak pernah aku nampak bat yang manja macam ni Cute jer. Kudos to “the guy” for taking such good care of the bat. Lepas ni dah boleh consider jadi zoo keeper pulak
By the way, korang kalau nak selamatkan binatang make sure hati-hati ye. Take safety precautions in case binatang tu ada virus ke haper. Tak pasal-pasal ada penyakit baru nanti
Listen to Plan B’s Podcast this week!
Comments