Tahniah! DJ Radio Tersohor Ab Shaik, Melangsungkan Pernikahan Dengan Gadis Idaman
Shaikh Abu Bakar Bin Ahmad Banafe ataupun lebih dikenali sebagai AB Shaik, seorang pengacara dan personaliti radio yang berkaliber selamat diijab kabulkan bersama kekasih hatinya, Nur Afra, 27 tahun pada 30 Januari.
Afra kelihatan amat ayu di dalam gaun serba putih, bak puteri kayangan, begitu secocok dengan AB Shaik yang masih kelihatan muda walaupun sudah berada dalam lingkungan 50han.
Afra dinikahkan oleh bapanya sendiri dengan mas kahwin berbentuk cincin emas. Di dalam sebuah video yang dimuat naikkan di Instagram hmpstudiosg, liputan pernikahan tersebut menceritakan kisah cinta yang berputik antara mereka berdua.
‘Bukan diminta cinta 7 hari mencintaiku kerana kaulah kekasih awal dan akhir dan kita ditakdirkan jatuh cinta untuk hidup bersama.’
Majlis tersebut dihadiri oleh kerabat keluarga dan teman-teman terdekat, juga turut diserikan dengan barisan pengacara radio mapan, antaranya Aura Shai Dan Mariam Mas’od dari Warna 942 FM.
Sungguh romantis, manis dipandang pasangan merpati sejoli ini
Aduh, tengok tu, isteri di kucup dengan lembut dan penuh kasih sayang.
Pasangan ini ibarat pinang dibelah dua, sama-sama segak dan cantik.
Kami di Plan B mengucapkan yang terbaik buat AB Shaik dan Afra, semoga Allah memberkati hidup mereka sebagai pasangan suami isteri.
LuahanWartawan: Barakallahu lakuma wa baraka’alayka jama’a baynakumaa fee khayrin.
Afra is so frikkin pretty please. Lawa giler macam Arab Princess.
AB Shaik macam tak age aku tengokkan. Walaupun dah 50 lebih, he’s still youthful.
Dia memang legend, suara dia tiada tandingan, maybe except for Dyn Norahim la. Ye aku admit aku bias, suara Dyn is the best.
Tapi gambar ni paling legend. Boss aku masih fetus lagi kot dalam industri time tu.
Walau apapun, tahniah kepada AB Shaik dan Afra atas pernikahan mereka.
Podcast Plan B minggu ini!
Comments