TAFEP Menyiasat Aduan Muslimah Yang Disuruh Membuka Hijab Ketika Menjual Barangan Di Tangs
Sumber: Today Online
Kejadian yang berlaku pada 18 Ogos lalu itu telah di-muat naikkan di InstaStory @anastasiabyraine akhirnya telah mendapat perhatian TAFEP.
TAFEP ialah singkatan Tripartite Alliance for Fair and Progressive Employment – mereka gigih membantu majikan menyediakan suasana pekerjaan untuk pekerjanya yang dihormati, dihargai agar mereka dapat mencapai potensi yang terbaik demi kejayaan syarikat tersebut.
Sumber: Marketing Interactive
Seorang pekerja sambilan, Nurin Jazlina Mahbob telah ditegur dua orang pengurus Tangs agar membuka hijabnya agar dapat terus bekerja di sana. Beliau dibenarkan terus memakainya hanya untuk hari itu namun majikannya, yang hanya mahu dikenali sebagai Puan Chin, mendapatkan arahan menerusi teks agar menutup gerainya serta merta.
Sedangkan menurut perjanjian, mereka dibenarkan berniaga sehingga 13 Ogos lalu.
Apabila Puan Chin bertanyakan mengapa pekerjanya harus membuka hijabnya, pihak Tangs hanya menjawab “demi bersikap profesional”.
“Apa, pakai hijab tak boleh professional ke? Melampau kan? Memang patut mereka dilaporkan,” kata Puan Chin lagi.
Menurut kenyataan dari Tangs, mereka tidak akan pernah menyuruh sesiapa membuka hijab dengan segera. Namun ia mengakui terdapat salah faham dengan pemilik gerai tersebut.
Puan Nurin hanya diberikan panduan pemakaian selepas kejadian tersebut. Setiap penjaja / promoter haruslah memakai pakaian serba hitam – polo T-shirt dan seluar panjang hitam jika perniagaan mereka tidak memerlukan pakaian seragam. Mereka tidak dibenarkan memakai aksesori atau hijab. Pihak Tangs menjelaskan bahawa mereka tidak mematuhi panduan tersebut, maka mengarahkan supaya Puan Chin menutup gerai pop-up tersebut.
“Mereka tidak benarkan saya bercakap apa-apa pun! Mereka mendesak dengan nada keras bahawa saya telah melanggar peraturan mereka,” kata Puan Nurin.
Menurut TAFEP, pemakaian seperti tudung / hijab seharusnya dibenarkan di tempat-tempat kerja / awam selagi ia tidak menghambat keselamatan pekerja, atau sudah disediakan pakaian seragam oleh syarikat tersebut. Ini haruslah dijelaskan terlebih dahulu kepada setiap pekerja dan mereka yang memohon pekerjaan.
TAFEP sedang menyiasat kes ini dengan bantuan pegawai Tangs.
Sementara itu, reaksi netizen berbelah bahagi. Ramai yang marah dengan tindakan pihak Tangs tetapi ada juga yang setuju dengan tindakan mereka.
Luahan Wartawan: Come on, Tangs. It’s already 2020, but this kinda discrimination is really BS. Confronting Ms Nurin in public like that, not nice lah. Ironically, this is not even professional as how you claim you guys are. And professionalism isn’t judged by a piece of cloth.
Syabas kepada Puan Chin yang bertindak untuk mempertahankan hak pekerjanya! Ni macam baru boss!
Jika anda juga terlibat dalam situasi yang serupa, atau terdapat ketidakadilan di tempat anda bekerja segeralah membuat aduan kepada TAFEP di https://www.tal.sg/tafep
Comments