Susulan Video ‘N-Word’ Tular, Perbincangan Isu Perkauman Diadakan Dalam Wadah Podcast
Sebagai usaha untuk mendidik para pendengar, podcast ilmiah OKLETSGO telah menjemput pelawak tanah air Fakkah Fuzz untuk mengongsi pengetahuannya berkaitan panggilan n*gger.
FAKKAH BERKONGSI ILMU
Selaras dengan bantahan Black Lives Matter (BLM), pada 1 Jun lalu, Fakkah telah mengadakan sesi rakaman podcast bersama rakannya dari Los Angeles, Bmark Seabrooks, untuk mendapatkan huraian tentang istilah n*gger.
Bmark Seabrooks bersama Fakkah Fuzz dalam episod Racism in America. Sumber: @fakkahfuzz (Instagram)
Menukil Seabrooks, Fakkah menjelaskan:
“Suatu ketika dahulu, perkataan itu digunakan untuk memisahkan kaum kulit hitam daripada masyarakat umum, membuat mereka rasa kerdil berbanding kaum-kaum lain.
“Namun dengan peredaran masa, perkataan tersebut digunakan oleh syarikat-syarikat besar sebagai cara untuk membuat duit,” ujar jejaka 34 tahun itu.
Contohnya, perkataan n*gger sering dilagukan dalam rap, dan disebabkan swagger dalam genre tersebut, ramai tertarik untuk menggunakan istilah itu.
Lil Wayne!
Dan oleh kerana ia sudah menjadi suatu kenormalan dewasa ini, Fakkah berkata, kawannya faham benar mengapa segelintir orang berpendapat ia tidak salah bagi mereka untuk menggunakan perkataan itu.
Akan tetapi, rakannya, yang juga merupakan seorang pelawak, menegaskan bahawa n*gger cuma boleh digunakan oleh mereka yang mempunyai ‘lesen’ untuk berkata demikian.
Takde lesen, takmo cakap
“Mungkin antara Ibnur dan kawan-kawan dia, ia ok buatnya untuk bercakap begitu kerana mereka rapat dan saling mengenali,” nyata Fakkah.
“Tapi kalau Ibnur berkata begitu depan orang kulit hitam lain, akan terjadinya masalah dan salah faham.”
Well, he’s not wrong…
“Senang cakap, jangan tunjuk bodoh depan khalayak ramai. Nak bodoh, buat diam-diam. Jadi boleh perbetulkan diri sendiri secara privet dan tampilkan versi terbaik depan orang ramai.”
Dengarkan podcast Fakkah Fuzz, ‘The More Better Podcast’ .
WANITA KULIT HITAM BERSEMUKA DENGAN IBNUR & BONDA
Di samping Fakkah, dua orang TikToker dari Tanzania, Wendy Maryzeline dan Nancy Eva turut tampil untuk memberikan pandangan mereka tentang video ‘penjelasan’ Ibnur dan Bonda daripada perspektif kaum kulit hitam.
Mary (kiri) dan Nancy (kanan) bersama adik mereka, Alvin Philemon, merupakan TikToker. Sumber: @afro.sings (Instagram)
“Saya penat sekali. Saya penat lihat lagi perkara-perkara rasis sebegini.
“Bila saya tonton video-video tersebut, saya marah. Sungguh tak sensitif terhadap keadaan kini.
“Sedang orang di Amerika membantah untuk menegakkan keadilan dan menuntut kedamaian, situasi di Singapura pula seolah-olah ‘mundur’. Bukankah Singapura negara berbilang kaum?” soal Nancy, 23 tahun, sementara kakaknya, 26 tahun, mengangguk tanda setuju semasa diwawancara.
Meskipun masing-masing menahan geram, adik-beradik ini tetap bersikap profesional dan menasihati Ibnur dan ibunya.
Zen…
“Saya di sini bukanlah untuk membenci. Saya faham ketika itu, awak (Ibnur) cuma hendak pertahankan diri awak.
“Tapi berhati-hatilah dengan apa yang awak cakap kepada orang lain kerana setiap apa yang dikatakan membawa impak,” jelas Wendy kepada Ibnur.
“Perkataan ini kerap digunakan disebabkan pop culture sehinggakan sejarah di sebaliknya kian kabur. Namun, ia tidak bermakna apa yang popular semestinya betul.”
Jangan ikut-ikut orang.
Seperti kakaknya, Nancy juga bersetuju bahawa panggilan n*gger membawa makna yang berat.
“Fahamilah bahawa kekata awak sangat berkuasa. Jangan balas ‘api’ (kemarahan) dengan ‘api’. Sebaliknya, belajar cara untuk tidak memulakan ‘api’ tersebut.
“Dan saya harap awak dapat mengajar orang lain juga tentang bagaimana untuk tidak memulakan api, memandangkan awak mempunyai pengikut.
Lawan api terus jadi Fire Bender.
IBNUR MINTA MAAF
Sesudah mendengar syarahan Fakkah, Wendy dan Nancy, Ibnur membuat permohonan maaf terbuka secara langsung.
“Terima kasih (Fakkah) kerana membuka minda saya.
“Dan kepada Wendy dan Nancy, saya minta maaf jika saya telah menyakitkan hati awak berdua dan sesiapa saja yang sedang mendengar.
“Bagi pihak saya dan ibu saya, kami tahu kami telah membuat dosa dan apa yang dilakukan tidak boleh diterima.
“Saya harap kami tidak didiskriminasi dan dikecam lagi. Kami tidak rasis.”
Bonda juga berucap sepatah dua kata:
“Kami sayang anda. Kami suka budaya anda.”
Sua swee.
Untuk mendengar podcast OKLETSGO, click link dibawah ini:
Part 1: Context
Part 2: Realisation
Part 3: Conversations
Comments