Sultan Johor Hadiahkan 10 Kereta Untuk Membalas Jasa 10 Jururawat
10 kereta PERODUA Myvi dikurniakan kepada 10 jururawat yang bertugas di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah (HSA) sebagai tanda penghargaan atas sumbangan mereka kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar serta keluarga DiRaja Johor.
Penyelia Jururawat, Matron Rokiah Samin, yang telah bertugas di wad DiRaja HSA sejak tahun 2006 mengucapkan syukur atas kurniaan tersebut.
“Mewakili mereka yang lain, saya menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Baginda Tuanku Sultan di atas kurniaan ini.”
“Besar sungguh nilainya kepada kami semua, dan kami juga sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan DYMM Sultan Johor serta Keluarga Diraja Johor.”
Seorang jururawat yang baru lepas pantang setelah melahirkan cahaya sulungnya, Nuraini Aziz, juga turut hadir untuk menerima habuan itu.
“Saya bersyukur kerana dapat hadir kerana ini merupakan satu kenangan yang sangat istimewa. Kami akan terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada DYMM Sultan Johor dan Keluarga Diraja Johor.”
Kereta Perodua Myvi tersebut diserahkan kepada 10 jururawat tersebut dalam satu Majlis di Kasawari Motors Sdn Bhd, Larkin, Johor Bahru oleh Pengarah Kasawari Motors, Muhammad Fahmi Bin Datuk Seri Paduka Dr. Hassan.
Warganet amat terharu dengan kemurahan hati Sultan Johor dan mendoakan agar beliau serta keluarga sentiasa diberkatiNya.
Luahan Wartawan: Sultan Johor memang terkenal dengan kemurahan hatinya. He is the “people’s king”.
Baginda memang femes la, boleh makan prata dekat warung bersama rakyat jelata, lepas tu bayarkan lagi.
Now let’s see if the son who is supposed to succeed him can follow in his footsteps.
Opmerkingen