Subhanallah! Neelofa Kini Berpurdah
Pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa kini seorang niqabi dan luahan hati ibunya, Datin Noor Kartini dalam video yang dimuat naikkan ke Instagram menyentuh hati warganet.
Di dalam posting tersebut, Datin Kartini memanjatkan rasa syukur ke hadrat Illahi kerana telah mengamanahkan seorang bidadari sebagai anak perempuan kepadanya.
Neelofa pula mengumumkan keputusannya dengan cara yang amat sinonim dengannya, melalui sekeping gambar dengan kapsyen minimal.
A picture speaks a thousand words?
Sejak kebelakangan ini, penampilan Neelofa kelihatan lebih sopan dan ayu. Jelas ternampak dalam posting-posting Instagramnya yang baru dimana beliau mengenakan baju longgar, aurat dijaga rapi dengan menggunakan handsocks dan bertudung labuh.
Neelofa juga rajin berkongsi ilmu bermanfaat yang dipelajarinya melalui media sosial seperti Twitter, Instagram dan juga saluran Telegramnya. Jadi tidak hairanlah apabila Lofa mengambil tindakan untuk berniqab.
Naelofar HQ juga telah mengeluarkan kenyataan rasmi di dalam posting Instagram mengenai keputusan pengasas syarikat tersebut.
Warganet turut menumpang gembira dan memberikan kata-kata perangsang buat Neelofa.
Neelofa menjadi inspirasi buat ramai wanita di dunia ini.
Hidayah itu milik Allah.
Baru tengok ig and dah agak Neelofa akan trending. She choose to hijrah when she’s on the peak of her career which is good. She uses her career to influence people to keep improving urself without waiting the “right” time cause every seconds you have to improve urself. — Ajieppppppرازيف ?? (@Razif_Rasmi) October 15, 2020
Kita doakan yang terbaik buat Neelofa, moga-moga beliau diberikan kekuatan untuk sentiasa beristiqomah.
Luahan Wartawan: I have and will always love this woman, for being an inspiration.
She is the epitome of graceful strength all while embracing her femininity and being unapologetic about it.
Soalan hangat dipertanyakan warganet sekarang ni, adakah Neelofa akan mengeluarkan khimar dan niqab jenamanya sendiri?
My dream is to interview her exclusively one day, I would love to understand how her mind works. Yelah, aku tau aku sound macam fangirl but I am and I will continue on dreaming till I achieve it one day.
Moga-moga Dia sentiasa mencurahkan rahmat dan kasih sayangnya pada mu Neelofa.
Comments