Suami Pavithra, Youtuber Popular, Ditahan Kerana Disyaki Mencederakan Isterinya
Suami kepada personaliti YouTube popular, M. Sugu, ditahan polis setelah disyaki mencederakan istertinya, S. Pavithra, menggunakan senjata berbahaya.
Menukil laporan Sinar Harian, kejadian itu berlaku di perkarangan luar wad bersalin Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, semalam (21 Julai).
Pada 5:54 petang, suspek dalam keadaan mabuk membawa senjata sabit ke hospital berkenaan untuk mencari isteri dan adik iparnya.
Gambar hiasan. Sumber: Google
“Pavithra menziarah saudaranya di wad bersalin.
“Suaminya, yang dikatakan mabuk, bertelingkah lalu memukul Pavithra,” nyata sumber kepada The Star.
“Perselisihan tersebut dipercayai berpunca apabila Pavithra tidak menyebut namanya sewaktu menerima anugerah Isnin lalu (20 Julai).”
Terdahulu, Pavithra telah menerima anugerah “Ikon Bandaraya Ipoh” — sebuah anugerah eksklusif yang diberi kepada anak kelahiran Ipoh atas kejayaan mereka.
Sumber: Google
Kedua-dua Pavithra, 28 tahun, dan suaminya, 29 tahun, meraih populariti menerusi video-video masakan mereka yang dimuat naik di Youtube sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Sumber: Google
Suspek ditangkap petang semalam di lokasi kejadian kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan serta kesalahan mengugut.
Sumber: The Star
Polis mendapatkan tahanan reman ke atas suspek selama tiga hari, bermula hari ini.
Luahan wartawan: Janganlah sebab duit dan nama, kita sanggup sakiti orang yang susah senang dengan kita. Small matter jer tak kasi shoutout. Tak bawa ke mati pun anugerah tu…