Suami Disuruh Jangan Hamilkan Isteri Dahulu Sehingga Wabak Hilang
“Boleh nikah, boleh kahwin tapi pakai kontraseptif. Bapak-bapak ditahan dulu ya. Jangan hamil dulu ya ibu-ibu. Ingat, hamil itu senang, rawatnya susah.”
Sebuah video tular di Indonesia merakamkan pegawai Pusat Kesihatan Masyarakat (puskesmas) berceramah untuk menangguhkan kehamilan buat masa kini demi mengelakkan komplikasi.
Ini mencetuskan kontroversi kerana mempromosikan perancangan keluarga pada masyarakat tempatan dan mereka kurang senang dengan mesej tersebut.
Namun Ketua Kesihatan Semarang, Moch Abdul Hakam menerangkan bahawa puskesmas hanya memberi cadangan semata-mata dan bukanlah panduan rasmi kerajaan.
Dia akui pegawai mereka kurang berhemah dan akan menutur dengan cara yang lebih baik untuk menanam kesedaran pada masa hadapan.
Agensi tersebut juga telah menerbitkan garis panduan untuk menjaga kesihatan buat ibu-ibu yang hamil sebelum tularnya video ini.
Luahan Wartawan: Aku tak rasa bahasa yang digunakan pegawai itu kasar.
Indonesia has one of the highest birth rates in the world. Lagi-lagi pada masa macam ni, makin rajin orang buat anak.
Pregnant women are more vulnerable to infections due to the different conditions they go through. Mana yang morning sickness, mana yang lemah.
Memanglah hak masing-masing nak mengandung ke tak, tapi yang tanggung semua buat 9 bulan adalah isteri. Sang suami lepaskan je.
Walaupun the transmission risk from mother to child is low, why risk it?
Sometimes we have to be blunt to deliver the intended impact of the message.