Suami Ada ‘Foot Fetish’, Ceraikan Isteri Kerana Kaki Tak Seperti Apa Yang Diharapkan
Sebuah Facebook posting mengenai “foot fetish” yang telah tular mencetuskan perbualan di antara warganet. Luahan yang dimuat naikkan di Facebook Khainis Tahir merangkul hampir 1000 perkongsian dalam masa satu hari.
Wanita tersebut berkongsi perasaannya sebagai seorang isteri yang terluka dek suaminya yang tidak ingin tidur bersamanya kerana kakinya tidak selembut seperti disangkakan.
“It hurts me so much when every-time kite keluar and my husband nampak kaki perempuan lain mcm soft, smooth, reddish dia akan pusing and cakap kat i. Kenapa kaki you tak boleh macam dia? Sexy je feet dia I tengok. Please do something about your feet before I leave you for good”
Betul juga kata Rica. Lelaki macam ni memang kurang siuman. Sendiri tak betul, masih nak salahkan isteri.
Bella has a point. Cuba kalau kena batang hidung dia sendiri, mesti tak boleh terima. Kalau nak sangat isteri yang perfect ala-ala patung idaman kau tu, kena buat pelaburan demi kecantikan kaki ideal. Tapi kalau jantan macam ni la, ada saja yang tak kena nanti. Idealistic beauty standards is unrealistic.
Bila bab dia, tak kira dosa kerana dia suami. Cuba kalau isteri tak nak beri nafkah batin, selagi hukum dan dalil dikeluarkan. Mempunyai “fetish” tidak salah tetapi kalau sampai memudaratkan pasangan sendiri, dah memang dasar pentingkan diri sendiri.
Dunia dah nak akhir zaman, pakailah burqa sekali pun, masih ada yang naik berahi kerana kekotoran yang terlekat pada hati. Pucuk pangkal, diri sendiri patut dibersihkan.
Perhaps the best solution for someone who clearly needs help but refuses to see the wrong in his actions.
Luahan Wartawan: Lain level sakit ni jantan. Ni bukan fetish lagi, dah tahap foot worship.
Ramai netizen mengatakan bahawa suami wanita tersebut mempunyai masalah otak namun tetap memberi beliau “foot care” tips agar kakinya lebih lembut.
Dan ramai juga telah menggunakan isu beliau untuk membuat promo barangan di jual mereka. Smart marketing on their part tapi berpada-padalah kalau ya pun. Ni tidak, kau hijack post luahan hati orang dengan ads.
Tapi aku harap sis ni fikir masak-masak lah kalau dia masih nak teruskan hubungan dengan laki dia. Jantan ni sakit otak ah kalau sanggup ceraikan bini kerana kaki dia tak perfect.