Standby Untuk Kena ‘Track’
Sumber: Ministry of Home Affairs & Channel NewsAsia
Di Parlimen semalam (5 Jun), Menteri Bertanggungjawab bagi Inisiatif Negara Bijak Vivian Balakrishnan berkata pemerintah sedang menghasilkan dan ‘tidak lama lagi’, akan melancarkan sebuah alat pengesan kontak mudah alih yang boleh dipakai.
Kata beliau:
“Jika alat mudah alih ini berkesan, kami mungkin mengagihkannya kepada setiap orang di Singapura.
“Dan saya percaya ia akan lebih inklusif, dan ia akan memastikan bahawa kita semua akan dilindungi.”
Seperti aplikasi TraceTogether — yang menghantar isyarat Bluetooth kepada pengguna lain apabila mereka berada pada jarak dekat dengan pengguna yang diuji positif COVID-19 — alat ini juga akan ‘mencapai objektif yang sama’.
Sumber: Youtube, TraceTogether
Bezanya, alat ini tidak memerlukan telefon bijak.
Oleh itu, ia memudahkan pengesanan kontak, lebih-lebih lagi dalam tempoh selepas- pemutus rangkaian jangkitan.
REAKSI WARGANET
Susulan pengumuman itu, ramai yang membantah dan mengatakan, kaedah tersebut akan mengganggu privasi mereka.
Sampaikan ada yang menyamakan kaedah tersebut dengan alat tagging — alat yang digunakan banduan yang sedang menjalani home detention.
Sumber: Straits Times
Dalam pada itu, ada yang berpendapat usaha ini sia-sia sahaja kerana selain ‘menghabiskan duit negara’, ia juga bukanlah cara efektif untuk mengekang penularan COVID-19.
Bagaimanapun, ada yang bersetuju dengan inisiatif pemerintah dan menyokong penggunaan alat tersebut.
Dr Balakrishnan berharap warga setempat dapat memberikan kerjasama.
Luahan wartawan: OH TIDAK ? Macam mana nak pergi pangkeng? Nak sneak out? Macam mana suami orang nak pergi jumpa scandal kalau macam ni ?
Hais…Wo buyao. Tapi kalau it’s going to make things better for the nation then fine. Tapi temporary jer eh. COVID-19 habis aku tanak pakai lagi tau.
Comments