Spa BelleCare Dihentam Keras Kerana Menolak Pembantu Rumah Sebagai Pelanggan
Sumber: Fave & Reddit
Lawatan ke spa yang sememangnya untuk menenangkan fikiran sebaliknya merunsingkan kepala apabila spa yang ingin dilanggani membatalkan tempahan seorang wanita hanya kerana pekerjaannya.
RAWATAN PEMBANTU RUMAH DITOLAK SPA BELLECARE
Semalam (3 Oktober), ahli keluarga kepada seorang majikan mendedahkan bagaimana spa BelleCare menolak tempahan pembantu rumah mak ciknya pada saat-saat akhir.
Menurut individu berkenaan, mak ciknya telah membeli kupon BelleCare menerusi aplikasi FavePay pada September lalu sebagai ganjaran buat pembantu berkenaan atas kerja kerasnya.
Mak ciknya turut menekankan kepada pihak BelleCare bahawa kupon tersebut dibeli untuk pembantunya ketika membuat tempahan menerusi panggilan telefon.
Sumber: Reddit
Namun sehari sebelum rawatan, seorang pekerja BelleCare memberitahu bahawa mereka “tidak akan berkhidmat untuk pemegang Permit Kerja dan pembantu rumah”.
Sebabnya, mereka “takut jika kupon tersebut dibeli oleh kekasih pembantu rumah”.
Sumber: Reddit
Walhal menurut terma dan syarat BelleCare, kupon tersebut sah untuk kegunaan warga Singapura, Penduduk Tetap Singapura (PR), pemegang Pas Pekerjaan (EP), Pas S (SP) dan Permit Kerja (WP).
Apabila disoal lagi, pekerja terbabit memutar belit kenyataannya dan berkata, BelleCare memang menerima pemegang WP tetapi bukan pembantu rumah.
Sumber: Reddit
Tambahan pada itu, pekerja BelleCare tersebut juga “bersetuju” syarikatnya patut menegaskan bahawa mereka tidak menerima pembantu rumah sebagai pelanggan.
PENGALAMAN MENJIJIKAN
Luah ahli keluarga yang memuat naik pos-pos berkenaan, pekerja BelleCare di hujung talian “sangat biadab” dan mengibaratkan pengalaman keluarganya melanggani BelleCare seperti “tahi”.
Keluarganya akan mencari spa baharu untuk pembantu mereka.
Sumber: Reddit
KENYATAAN BELLECARE
Susulan pendedahan itu, pemilik BelleCare menjelaskan hal sebenar dan protokol syarikatnya.
Nyatanya kepada MSNews, “semua pembantu rumah dijemput namun BelleCare memerlukan surat keizinan daripada majikan untuk mengesahkan penempahan rawatan”.
Sumber: helperplace
Ini kerana katanya, BelleCare sering menerima pembantu yang datang bersama teman lelaki mereka setelah majikan membelikan pakej untuk mereka.
Ada juga pembantu yang menyuruh teman lelaki mereka membelikan lebih banyak pakej.
Sumber: thumbtack
“Kami cuba untuk elak daripada melayani pembantu-pembantu seperti ini. Ini merupakan praktis BelleCare dan ada majikan yang menghargai apa yang kami lakukan,” kata pemilik berkenaan.
Hurainya, dia juga telah cuba menjelaskan protokol tersebut kepada majikan terbabit semalam namun, praktisnya dianggap “kolot”.
Dia turut menyatakan bahawa dia mencuba untuk memasukkan “surat keizinan” di bawah terma dan syarat Fave akan tetapi, permintaannya ditolak kerana kaedah tersebut membawa unsur “berat sebelah”.
Selain pembantu rumah, para pelajar bawah usia 21 tahun juga perlu menunjukkan surat keizinan ibu bapa kepada pihak BelleCare.
Luahan wartawan: Lah…Dah macam nak pergi excursion kena ada consent form. Dah sah-sah majikan yang book untuk dia. Mana datangnya “boyfriend”??? Kalau matair dia yang belikan pun apa salahnya? Duit dorang sukati dorang lah nak pakai macam mana yang kau risau sangat kenapa? Bukannya dia mintak kau bayarkan.
Come on lah they’re adults. Kenapa kena anal sangat sampai macam ni? Masuk club pun tak payah consent form ??♀️
Cover up jer ni semua. Selective cakap selective.
Comments