top of page
Writer's pictureBelalang Biru

Siti Nurhaliza Umumkan Sudah 4 Bulan Hamil


Siti Nurhaliza Umumkan Sudah 4 Bulan Hamil

Spekulasi tentang kehamilan Datuk Seri Siti Nurhaliza terjawab kurang sejam lalu setelah penyanyi tersohor itu memaklumkan bahawa beliau hamil anak keduanya.

Siti Nurhaliza

It’s official! Sumber: @ctdk

Dalam pengumuman rasminya, Datuk Siti, 41 tahun, berkongsi kandungannya berusia empat bulan dan beliau serta suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, 61 tahun, tiada niat untuk merahsiakan perkara tersebut.


“Alhamdulillah. Hari ini 1 Disember 2020, saya dan suami membuat pengumuman rasmi mengenai kehamilan saya yang sudah pun berusia 4 bulan.


Tiada niat untuk berdiam diri selama beberapa bulan ini namun saya dan suami berfikir, apabila tiba waktu yang sesuai, kami tetap akan berkongsi berita ini dengan semua, terutamanya keluarga, saudara mara, sahabat handai, para peminat dan sesiapa sahaja yang mengenali kami.”

Baby bump Tok Ti jelas kelihatan sewaktu menghadiri sebuah majlis hari jadi.

Baby bump Tok Ti jelas kelihatan sewaktu menghadiri sebuah majlis hari jadi.

Dalam pada itu, Datuk Siti turut memohon kepada orang ramai untuk mendoakan yang baik-baik.


“Saya memohon doa kalian supaya saya dan bayi di dalam kandungan diberikan kesihatan, dipermudahkan hari-hari saya ke depan ini sehinggalah saat melahirkan nanti.”

Tonton pengumuman Datuk Siti di sini:


REAKSI WARGANET


Teruja dengan berita yang dikhabarkan, warganet membanjiri pos tersebut dengan ungkapan tahniah berserta nasihat.

Teruja dengan berita yang dikhabarkan, warganet membanjiri pos tersebut
ungkapan tahniah berserta nasihat.

Ada juga yang tidak sabar untuk melihat gelagat anak sulung Datuk Siti, Aafiyah, bersama adiknya nanti.

Ada juga yang tidak sabar untuk melihat gelagat anak sulung Datuk Siti,
Sunshine Shining
Aafiyah, bersama adiknya nanti.

Pada masa yang sama, ada juga beberapa warganet yang berharap agar suatu hari nanti, mereka juga dapat merasakan kehidupan menjadi seorang ibu.

Noor Alieyna
Liza Nurdin
Fatimah Kadir

KISAH TOK TI


Datuk Siti mendirikan rumah tangga bersama Datuk K pada 21 Ogos 2006 dan dikurniakan seorang puteri hanya 11 tahun kemudian.

Datuk Siti mendirikan rumah tangga bersama Datuk K pada 21 Ogos 2006 dan dikurniakan seorang puteri hanya 11 tahun kemudian.

Siti Aafiyah Khalid kini berusia dua tahun.

Sebelum ini, Datuk Siti pernah mengalami keguguran pada November 2015.


Plan B ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Siti Nurhaliza sekeluarga. Semoga segala urusan dipermudahkan ?


Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page