Singapura mengirimkan bantuan kemanusiaan terbaharu ke Gaza
- Plan B
- Jul 29, 2024
- 1 min read

Singapura telah mengirimkan 1,000 tan beras and 300 tan sardin sebagai bantuan kemanusiaan tahap keempat ke Gaza dalam tempoh sembilan bulan
Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha global untuk penduduk Gaza yang terjejas akibat konflik yg sedang berterusan
Menteri Luar Negeri Singapura, Dr. Vivian Balakrishnan, menyatakan bahawa bantuan ini menunjukkan komitmen Singapura untuk menyokong dan terus bekerja rapat dengan komuniti antarabangsa untuk memastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan
Penghantaran bekalan tersebut akan dilakukan dengan kerjasama UAE dan Cyprus
Singapura menghantar tahap pertama bantuannya pada November 2023, yang terdiri daripada bekalan perubatan dan makanan, dan terus menghantar bantuan melalui RSAF pada bulan-bulan berikutnya
Dr. Balakrishnan menegaskan komitmen berterusan Singapura untuk meringankan penderitaan mereka di Gaza dan berharap perjanjian gencatan senjata dapat dicapai
Singapura memandang penempatan Israel di Tebing Barat sebagai haram di bawah undang-undang antarabangsa dan terus menyokong resolusi PBB yang menolak penempatan tersebut
Dr. Balakrishnan menekankan pentingnya sokongan antarabangsa untuk mencapai penyelesaian dua negara bagi konflik Israel-Palestin
Related Posts
See AllBekas Menteri Pengangkutan Singapura, S Iswaran, dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan pada 3 Oktober 2024 kerana menerima hadiah...
Seorang remaja lelaki Singapura berusia 17 tahun yang telah radikal sendiri ditahan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) beberapa...
Lembaga Warisan Negara (NHB) mengumumkan pada 24 Oktober bahawa ia akan memulakan kajian terhadap 38 Oxley Road untuk menilai kepentingan...