top of page
Writer's pictureChap Chai

Sindiket Daging Haram Diberkas, Pakej Daging Sebagai Halal


Sindiket Daging Haram Diberkas

Operasi menyeludup dan membungkus semula daging beku yang mungkin tidak halal dibongkar dalam satu serbuan bersepadu pihak berkuasa di sebuah gudang di Senai pada 1 Disember.

Operasi menyeludup dan membungkus semula daging beku

Daging beku tersebut di seludup dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina. Ia dipercayai datang daripada loji penyembelihan tidak sah dan tidak diiktiraf oleh pihak Jakim dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia.

loji penyembelihan tidak sah dan tidak diiktiraf oleh pihak Jakim dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia.

Menurut Saiful Yazan Alwi, selaku ketua pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis), kartel tersebut dipercayai menyamar sebagai syarikat pembekal daging beku untuk menjalankan kerja pembungkusan semula itu di sebuah gudang, lengkap dengan pelekat halal ciplak.

Daging itu kemudian diedarkan ke pasaran tempatan

Daging itu kemudian diedarkan ke pasaran tempatan.


Kartel tersebut dengan liciknya mengimport daging yang sah bersama daging “syak” untuk mengaburi pemandangan pihak berkuasa dengan sekian lama.


“Buat masa ini kita masih menyiasat lagi bagaimana daging sejuk beku yang kebanyakannya diseludup dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina boleh terlepas masuk. Bagi mengaburi mata pihak berkuasa pula, sindiket turut mengimport daging daripada sumber yang sah sebelum dibawa ke gudang terbabit di Senai.” -Saiful Yazan untuk laporan Sinar Harian


Katanya lagi, siasatan awal pihaknya mengesyaki ia adalah daripada sumber yang diperoleh dari loji penyembelihan tidak sah dan tidak diiktiraf oleh pihak Jakim dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia.


“Di gudang ini dipercayai ada daging yang sah dan tidak sah. Kita percaya, kalau daging itu halal, tidak akan ada proses pembungkusan semula,” – Saiful Yazan

Kegiatan kartel tersebut dipercayai berlaku sejak beberapa tahun lalu dan didakwa mendapat bantuan “orang dalam” untuk melepasi pihak berkuasa.


Lebih dari 30 buah pusat pengedaran dipercayai mempunyai kaitan dengan gudang kartel itu.

Lebih dari 30 buah pusat pengedaran dipercayai mempunyai kaitan dengan gudang kartel itu

Kerajaan juga didesak untuk segera menubuhkan pasukan petugas untuk mencari semua rangkaian daging beku yang dikaitkan dengan kartel Senai itu.


Luahan Wartawan: Where do I even start with this clusterfuck?

Where do I even start with this clusterfuck

Besar pe musibat eh buat kerja haram macam ni. Kau tanggunglah nanti.

Besar pe musibat eh buat kerja haram macam ni. Kau tanggunglah nanti.

Dah bertahun pulak tu. Ni semua tak takut mati eh?


Kes ni masih lagi dalam siasatan. Ramai warganegara Malaysia ragu-ragu untuk beli daging beku pasal dorang tak pasti kalau daging tu halal.



Podcast Plan B minggu ini!



Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page