Siapa Suruh Park Kat Tempat Kereta Elektrik, Kan Dah Terima Padahnya!
Sumber: Facebook
Sering anda melihat kereta diviralkan ketika meletakkan ia di ‘handicap lot’. Namun begitu, kali ini sebuah kenderaan diviralkan kerana meletakkan di dalam tempat yang dikhaskan untuk kereta elektrik ‘BlueSG’.
Apa yang membuat gambar ini lebih lucu adalah apabila pengguna BlueSG dengan sengaja meletakkan kenderaan tersebut dihadapan lot yang dikhususkan untuk kereta BlueSG. Hal ini mengakibatkan kenderaan berwarna hitam tidak dapat keluar daripada tempat meletak kereta.
Peristiwa ini berlaku pada 7hb November 2020 di tempat meletak kereta di Funan Mall. Sebuah kereta VolksWagen hitam dengan sambil lewanya telah diletakkan di tempat meletak kereta yang dikhaskan hanya untuk kereta elektrik BlueSG.
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Bagi pengguna yang menyewa kereta elektrik BlueSG, tempoh sewa hanya dihentikan apabila pengguna meletakkan kereta sewa itu di tempat asal dan memasangkan pengecas pada kereta elektrik. Selagi kereta itu tidak dipasangkan alat pengecas, pengguna harus tetap membayar kadar sewanya.
Ruang komen di Facebook – COMPLAINT SINGAPORE dipenuhi dengan kata-kata yang langsung tiada bersimpati kepada pemandu kereta VolksWagen. Kebanyakan komen bersatu hati menuduh pemandu tidak bertanggungjawab dan harus diberi pengajaran.
Sumber: Facebook
Sehingga kini, tidak diketahui sama ada pemandu VolksWagen hitam dapat keluar daripada tempat meletak kereta itu.
Luahan Wartawan: As a BlueSG user myself, I have always wondered what I can do if something like this were to happen to me. Guess I have my answer!
Comments