Siapa PU Riz? Kenali Bakal Khalifah Neelofa
Setelah majlis merisik Neelofa hangat dipertikaikan, mari kita mengenali bakal beliau, PU Riz dengan lebih dalam lagi.
PU Riz ataupun nama penuhnya Muhammad Haris Bin Mohd Ismail dilahirkan di Selangor. Anak kedua daripada tiga beradik ini berusia 25 tahun dan mempunyai diploma pengajian Islam dalam bidang undang-undang.
Walaupun telah berkecimpung dalam dunia seni sebagai pelakon selama 3 tahun, nama Riz mula menjadi perbualan orang ramai apabila beliau dan Neelofa sering dilihat bekerjasama dalam program dakwah.
PU Riz dan Neelofa sudah lama dikaitkan kerana keakraban mereka berdua. Namun Neelofa sering menafikan status hubungan mereka.
Petikan dari MStar
Menurut Neelofa lagi, mereka sudah berkenalan lebih kurang dalam 3 tahun dan Riz juga rapat dengan keluarganya kerana mereka sering mengadakan kelas agama bersama.
Diantara drama-drama yang pernah dibintanginya termasuk Selafaz Cinta, Kelip-Kelip Kota London dan Anugerah Cinta Aisyah.
Riz pernah menuntut di Universiti Al-Azhar namun terpaksa pulang ke tanahair apabila peperangan berlaku di sana. Beliau juga gemar bermain futsal pada masa lapang.
Riz juga merupakan peserta Pencetus Ummah Musim 4 pada tahun 2016 dan AKSI Asia pada tahun 2017.
Sumber: Instagram
Luahan Wartawan: Deny lagi lah. Last-last sangkut gak.
“Aww look at the way she’s looking at him. Getchu a woman who looks at you the way Neelofa does at Riz.”
Sudah dik, meluat aku dengar. How can you tell from a still photo? For all you know, she’s thinking of what to have for dinner later. And no, don’t go there. I know what you’re thinking
Anda juga boleh membaca artikel yang berkaitan dengan artikel in;
Comments