top of page
Writer's pictureLintah Darah

Shuib Ditawarkan Gelaran Datuk, Tetapi Rasa Belum Bersedia Untuk Menerimanya


Shuib Ditawarkan Gelaran Datuk

Anggota kumpulan lawak popular Sepahtu, Shuib, baru-baru ini mengakui menerima tawaran kurniaan gelaran Datuk dari sebuah negeri.


Akan tetapi, pelawak dan penyampai radio ini berkata, dia kini sedang mempertimbangkan beberapa faktor sebelum menerima gelaran tersebut.


“Memang ada tawaran dari sebuah negeri dan kami akan adakan perjumpaan untuk berbincang perkara ini. Saya hanya perlu cakap ‘ya’, saya bakal dapat (gelaran) Datuk.


“Namun, saya masih belum buat keputusan dan sedang fikir-fikir lagi. Saya sudah mendapatkan nasihat pihak pengurusan dan orang-orang terdekat.


“Ada yang kata macam tak sesuai sebab saya masih bekerja sebagai penyampai radio dan aktiviti seni lain.

Shuib (kiri) masih berkecimpung dalam dunia hiburan

Shuib (kiri) masih berkecimpung dalam dunia hiburan. Sumber: @zonlawak


“Saya sendiri tidak pasti wajar atau tidak saya menerima tawaran itu walaupun mereka memaklumkan saya menepati segala kriteria,” katanya kepada mStar.


Pada masa yang sama, Shuib, atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad merasakan, gelaran Datuk dapat membantunya dari segi pengelolaan perniagaan.

Shuib di pelancaran gerai terbarunya

Shuib di pelancaran gerai terbarunya semalam (2 Julai). Sumber: Instagram, @shuibsepahtu


“Kalau pandang dari aspek perniagaan, saya rasa perlu mempertimbangkannya kerana saya perlu gelaran ini.


“Lagipun sejak kebelakangan ini saya kerap menghadiri mesyuarat dan berbincang mengenai perniagaan dengan usahawan berpangkat Datuk Seri dan Datuk hingga kadang-kadang saya rasa janggal.


“Mungkin jika ada gelaran itu, saya rasa lain sedikit ketika berurusan dengan mereka.

Mungkin jika ada gelaran itu, saya rasa lain sedikit ketika berurusan dengan mereka.

Shuib (tengah) bersama ahli korporat. Sumber: Instagram @shuibsepahtu


“Apapun saya masih perlu melihat tawaran ini dari pelbagai aspek dan tidak boleh terburu-buru.”


Usahawan 36 tahun ini mula berjinak-jinak dalam perniagaan sejak November 2017 apabila membuka syarikat madu lebah, Shuib Honey Bee.

Usahawan 36 tahun ini mula berjinak-jinak dalam perniagaan sejak November 2017 apabila membuka syarikat madu lebah, Shuib Honey Bee.

Sumber: Instagram, @shuibeehoney_official


Dia turut merupakan pengasas bagi jenama bubble tea berasaskan madu lebah, Bubble Bee.

Dia turut merupakan pengasas bagi jenama bubble tea berasaskan madu lebah, Bubble Bee

Sumber: Instagram, @bubblebeemalaysia_hq


Luahan wartawan: Hard work pays off. Daripada pekerja kilang, to a comedian, a radio DJ and sekarang, a successful businessman.


Tapi apa criteria untuk dapat pangkat Datuk actually? Sebab aku tengok segelintir daripada kelompok Datuk ni tak ada buat any major contributions to the society pun. Ada yang setakat berlakon atau bernyanyi jer, pun boleh dapat. 


Sometimes, it seems like it’s leaning more towards ‘ah kau popular, kau boleh jadi Datuk.’ Kalau dah ramai sangat orang jadi Datuk, gelaran ni masih ada value ke?



Join komuniti Plan B di Instagram | Facebook | Twitter | Telegram

RECOMMENDED NEWS

RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page