SG Karen Halang Penghantar Qexpress Naik Lif, Mengaku Diri Ahli Pengurusan Kondo
Sumber: Facebook
“Karen”, nama yang sinonim dengan seorang wanita yang suka berleter dan merumitkan perkara yang remeh telah dirakam oleh seorang penghantar Qxpress di Balestier Point.
KEKECOHAN
Video sepanjang 5 minit itu telah dimuatnaikkan pada 7 Oktober (Rabu).
Menurut video tersebut, pertengkaran antara mereka tercetus apabila “Karen” kononnya ditolak oleh penghantar itu apabila beliau meluru masuk apabila pintu pagar dibuka.
“Karen” lalu mengekori beliau ke lif dan menyamar sebagai kakitangan pengurusan dan mendakwa bahawa penghantar itu tidak mendaftarkan diri sebelum memasuki kawasan kondominium itu dan lif tersebut hanya untuk penggunaan penduduk kondominium.
Gelagat “Karen” yang kurang ajar seperti meletakkan dirinya di antara pintu lif untuk menghidari penghantar tersebut dan melepaskan perasaan marah terhadapnya dapat dilihat.
REAKSI NETIZEN
Walaupun beliau telah meminta keizinan daripada penduduk terlebih dahulu sebelum melepasi pintu pagar demi penghantaran singkat itu, “Karen” tetap bingit dan mengamuk.
Penghantarannya dapat diuruskan dengan lancar sebelum penyataannya diberikan kepada pihak polis.
Malangnya, dia mengalami kerugian dan netizens telah mengecam “Karen” sambil menunjukkan keprihatinan terhadap penghantar itu.
Sumber: Facebook
Ianya jelas bahawa “Karen” telah menjadi bahan ketawa.
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Mujurlah, segelintir netizen turut mempertahankan penghantar-penghantar yang kerap menerima layanan sedemikian rupa.
Luahan wartawan: Karens are the most peculiar creatures to me.
This species is newly discovered and even though its rare in Singapore, they are still around, just like in this video.
What amazes me is the amount of detail and effort they put into their craft of wasting time and infuriating anyone they set their eyes on.
Watch out, they are dangerous.
Bình luận