top of page
Writer's pictureLintah Darah

Seragam Baru Buat Anggota Bomba Singapura


foto Bomba Singapura dari SCDF di Facebook

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) kini berwajah baru mulai hari ini (1 Feb) dengan Sut Pelindung Bomba (FFPS) yang dikemaskinikan.


Anggota bomba SCDF akan mengenakan sut baru itu apabila merespons kepada panggilan kecemasan.


Warna itu juga seakan-akan memberikan throwback kepada seragam pasukan bomba 80an.


foto contoh dari seragam lama Bomba Singapura



Keselamatan and Perlindungan Dipertingkat


Selain daripada rupa baru yang bewarna khaki, sut itu juga dapat memberikan perlindungan yang lebih berkesan daripada suhu tinggi dan keadaan persekitaran.


Ia juga mudah dilihat dalam keadaan gelap.


Ciri lain FFPS termasuk bahagian luar yang ringan serta longgar, memberikan pasukan bomba jarak pergerakan yang lebih baik.


Lapisan fabrik yang “bernafas” yang dapat mengurangkan tekanan suhu tinggi.


Mempertingkatkan keselamatan dengan perlindungan yang lebih baik daripada api.


Ia mampu bertahan lebih lama dengan bahan kalis lecet.


Misi tidak berubah walaupun dengan seragam baru: SCDF


Seragam baru ini akan diperkenalkan di setiap stesen bomba secara bertahap-tahap.


“Meski pakaian kami berubah, tanggungjawab kami dalam misi menyelamatkan nyawa tidak akan berubah,” katra SCDF dalam catatan Facebook.


Apa kata anda?


Anda lebih cenderung dengan seragam baru warna khaki ataupun yang hitam? Abang-abang dan kakak-kaka bomba pula, anda suka sut baru ini?



Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page