top of page
Writer's pictureLintah Darah

Seorang Kanak-Kanak Saudi Maut Setelah Batang Penguji Covid19 Patah Dalam Rongga Hidung


Batang Penguji Covid19 Patah Dalam Rongga Hidung

Seorang kanak-kanak lelaki dari Saudi Arabia maut setelah batang penguji patah dalam rongga hidungnya ketika menjalani ujian COVID-19.


DEMAM


Petang Jumaat lalu, kanak-kanak satu setengah tahun ini dibawa ke Hospital Besar Shaqra setelah didapati demam.

Hospital Besar Shaqra setelah didapati demam.

Sumber: Google


Meskipun ujian doktor mendedahkan bahawa dia sihat, pihak hospital membuat keputusan untuk menjalankan sapuan hidung.


Menukil laporan Al-Arabiya, bapa saudara dan waris kanak-kanak ini, Mosaed Al-Joufan berkata, anaknya “tidak mengalami sebarang penyakit kronik atau merbahaya.”

Al Arabiya

Sumber: Al Arabiya


BATANG PENGUJI PATAH


Sewaktu ujian bagi COVID-19 dijalankan, batang penguji didakwa patah dalam rongga hidungnya dan anestesia am diperlukan bagi mengeluarkan alat tersebut.

batang penguji didakwa patah dalam rongga hidungnya

Al-Joufan pada mulanya dikatakan enggan meneruskan prosedur namun berubah fikiran setelah berunding dengan ahli keluarga dan kakitangan hospital.


Pembedahan berakhir pada 1 pagi hari seterusnya dan batang penguji selamat dikeluarkan.


PERMINTAAN PEMERIKSAAN SUSULAN DITOLAK


Lapor Al-Arabiya, ibunya meminta pemeriksaan lanjut daripada doktor pakar untuk memastikan batang penguji telah dikeluarkan sepenuhnya dan tiada komplikasi seperti pendarahan atau kesukaran bernafas.


Namun, kakitangan hospital memberitahu bahawa doktor berkenaan tidak lapang.


MENINGGAL DUNIA


9 pagi hari berikut, kanak-kanak ini hilang kesedaran sebelum diberi bantuan pernafasan (CPR) dan diletakkan pada mesin pengalihan udara.

9 pagi hari berikut, kanak-kanak ini hilang kesedaran sebelum diberi bantuan pernafasan (CPR) dan diletakkan pada mesin pengalihan udara

Sumber: Al Arabiya


Hasil ujian X-ray mendapati salah satu paru-parunya tersumbat dan oleh kerana kondisinya semakin kritikal, kanak-kanak ini sebetulnya dihantar ke sebuah hospital spesialis di Riyadh bagi menyelamatkan nyawanya.


Namun demikian, Al-Joufan menyatakan bahawa ambulans tiba sejam lewat. Anaknya meninggal dunia antara 3 hingga 5 petang hari berkenaan.


MOHON SIASATAN


Keluarga ini telah meminta agar siasatan dijalankan bagi menyelidik kematian anak mereka serta prosedur-prosedur yang dilalui.

Keluarga ini telah meminta agar siasatan dijalankan bagi menyelidik kematian anak mereka serta prosedur-prosedur yang dilalui.

Sumber: Al Arabiya


“Saya menantikan hukuman ke atas individu yang mengakibatkan kematian anak saya,” kata Al-Joufan.


Menteri Kesihatan Saudi, Tawfiq Fawzan Al-Rabiah telah menghubungi Al-Joufan untuk mengucapkan takziah dan berjanji untuk mengambil tindakan susulan berhubung kes ini.


Luahan wartawan: Aduh…This is really unfortunate. Tak mungkin pihak hospital sengaja menyebabkan kematian…Mungkin masing-masing ada terlalu banyak tugasan, lagi-lagi dengan peningkatan dalam kes COVID-19 di Saudi sampaikan tak dapat beri tumpuan kepada budak lelaki ni.


Moga-moga ada kaedah lain yang boleh digunakan bagi mengesan COVID-19. Difahamkan ada beberapa makmal yang tengah cuba saliva test tapi kebolehpercayaan belum dibuktikan lagi.


Apa-apa pun, semoga anak kecil ini tenang di sana. At least dia selamat kan…


Join komuniti Plan B di Instagram | Facebook | Twitter | Telegram

Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page