Senarai Permintaan Barangan Harian Anak Yatim Tular
Sebuah senarai permintaan yang tular di Twitter mengundang sebak dari warganet kerana ia mengandungi keinginan simple anak-anak yatim dari Rumah Amal Raudhatul Jannah.
Seorang netizen bernama Ariff memuat naikkan gambar senarai makanan yang dikumpulkan oleh syarikat di mana isterinya bertugas buat program corporate social responsibility (CSR). Tweet beliau kini telah mendapat lebih 17 ribu perkongsian.
Antara yang diminta anak-anak yatim rumah kebajikan tersebut termasuk Milo, roti canai, nasi ayam dan coklat Cadbury.
Ramai yang tersentuh dengan permintaan simple oleh kanak-kanak ini kerana makanan diminta itu adalah makanan harian buat orang lain.
Ada yang mengatakan bahawa kanak-kanak ini mengerti makna kesederhanaan kerana kurang exposure kepada dunia materialistik.
Ada juga warganet yang mengongsikan pengalaman mereka sebagai faci rumah kebajikan.
Perkongsian Ariff telah mendorong warganet dari seluruh dunia untuk menyumbang kepada dana buat menunaikan segala permintaan kanak-kanak di rumah kebajikan tersebut.
Luahan Wartawan: Sebak hatiku membaca permintaan kanak-kanak innocent ni.
Bayangkan, mereka hanya inginkan nasi ayam, roti prata dan Milo when they could have asked for anything they wanted. Makanan yang diminta pun simple-simple je, bukan steak ke bubble tea or what.
Tapi yang buat aku lebih sebak bila faci tu cakap ada yang nak jumpa ibubapa mereka saja. Aduh, pedih, especially if they were abandoned or they have lost both their parents.
Aku pernah buat volunteer tutoring buat anak-anak macam ni. They are very sweet children and they grow attached to you.
On my last day of the stint, one of them hugged me tightly and said that I am the closest to a kakak she’s ever had.
All I did was to play with her and teach her English. Their innocence is preserved being isolated from a world that’s becoming more materialistic day by day.
Kita berdoa agar Allah sentiasa pelihara dan lindungi mereka.
Comments