Sembilan Dicekup Menyusuli Insiden Chinatown ‘Slashing’
Polis telah memberkas 9 orang lagi dalam pemburuan suspek yang terlibat dalam pergaduhan di Chinatown pada hari Ahad lepas, di mana seorang remaja berumur 19 tahun dibawa ke hospital selepas pergaduhan itu tercetus.
Penyiasatan awal oleh polis mendedahkan bahawa pergaduhan itu bermula kerana pertikaian antara 2 kumpulan itu yang melibatkan seorang wanita.
Mereka yang diberkas dipercayai anggota persatuan tidak sah di sisi undang-undang yang telah berhimpun secara haram dan berusuh dengan senjata.
Polis juga sedang menyiasati seorang diantara tertuduh kerana melindungi 2 orang remaja terlibat yang masih di dalam pencarian.
Pesalah-pesalah juga akan disiasati di bawah akta langkah sementara perintah kawalan Covid-19 kerana telah melanggarnya.
Orang awam diingatkan bahawa melindungi pelarian adalah kesalahan serius yang boleh dihukum penjara dan denda.
Polis sedang meminta bantuan orang ramai untuk maklumat mengenai Muhammad Syukri Muhammad Iskandar dan Muhammad Ilham Nordin, 2 remaja yang masih dalam pelarian.
Sumber: todayonline.com
Luahan wartawan: Penat dengan perangai budak-budak hingus ni nak riot bagai pasal perempuan.
Really? Yes you should fight for the one you love, tapi bukan dengan cara yang memudaratkan orang lain. Kirakan kau champ ah sekarang dah masukkan satu budak dalam hospital? Cuba fikirkan perasaan ibubapa dan keluarga budak tu.
Ingat eh, a life of crime doesn’t pay. Hari baik bulan baik, masih nak cari nahas. Fikirkan masa depan masing-masing sebelum buat keputusan terburu-buru, mengikutkan nafsu.
Comments